If one day….
Friday March 31st 2006, 7:27 pm
Filed under: Jurnal

Image0033v3



Tribute to Cats
Thursday March 30th 2006, 7:19 pm
Filed under: Jurnal

Acurllh_1 Manxsh Mcoon Selkirklh

Solid K01_2

~ History of the Domestic Cat ~

Cats have always been a source of fascination for mankind throughout history. Today cats have become one of the world’s most popular pets perfectly suited to the lifestyle of our day. They are beautiful, enigmatic and easy-to-care for pets. But where and when did the domestic cat originate? This page will give you some insight into this question.

It has been about 4000 years since the first cats were domesticated. The Ancient Egyptians were the first to keep and use cats to control vermin and other pests to protect stores of food. In Ancient Egypt, the cat was revered as a hunter and worshiped as gods and goddesses. The ancient Egyptians imposed the death penalty for killing cats and cats were also mummified before being buried.

Other ancient civilisations later began to domesticate the cat and took tame felines to Italy where they slowly spread around Europe. Eventually, they arrived in the New World with the Pilgrims. The shorthaired domestic cat spread across the world from Egypt while longhaired cats came later from Turkey and Iran. The domestic cat also spread from India to China and Japan.

Except for a short period of persecution in the Middle Ages when cats were associated with the devil, by the eighteenth century cats had become popular household pets world wide.

The wild cats of today such as Lions and Tigers descended from early carnivores called miacids. From there the modern wild cat developed into three main types; the European wild cat, the African wild cat and the Asiatic desert cat. The domestic cat is thought to have evolved from the African wild cat because of its tabby markings.

Domestic cats today still take many characteristics from their wild ancestors. The arresting eyes, body shape, feeding and grooming habits are the same along with the ability to pounce into action at any given moment. It is this link that makes the domestic cat so fascinating around the world.

The non-pedigree domestic cat, the Moggie is the most popular house pet today with the black and white Moggie being the most popular followed by the black cat followed by the Tabby cat. There are also 36 recognised breeds of pedigree cats around the world with the Siamese cat being the most popular. Most homes today that keep pets have at least one cat in residence.

—-



Day 31st March
Thursday March 30th 2006, 7:01 pm
Filed under: Jurnal

Selamat Pagi semua… Asslamualaikum..

Apa kabar semua?.. adakah anda sehat di pagi Jumaat yang nan cerah ini?.. Mcik Acurllh ni sebenornya tak cukup tido ari ni… Kena bangun pukul 4 pagi sebab kena membidankan kucing mcik. Punyer la riuh mulut dia beranak… mcik kena duduk sebelah dia. Kalu mcik bangun, dia pun bangun ikut mcik. Pegi toilet pun dia K01 ikut.. Masa kucing, Cik, tu bunting, nampak perut dia macam besar jugak.. and pagi tadi tunggu punyer tunggu kuar sekor jer!!!… Mcik kena paksa Cik makan uri dia balik, kena paksa Cik jilat anak dia.. bersihkan anak dia.

Ni pun pagi tadi nak pi ofc dia sibuk nak ikut masuk kete.. mcik kena tunjuk Cik baby dia.. kena bagi tau Cik yang baby dia menyusu.. baru Cik masuk sangkar dia..

C01 Mcik kena pikir nama utk anak kucing ni.. sbb mak dia Cik.. anak pun kena start huruf C… kalu jantan.. bg Chico… kalu betina.. nak bagi Carrie… best tak?.. hehehhe

——-

Att114834



A Friend…
Wednesday March 29th 2006, 7:48 pm
Filed under: Jurnal

Noname

Image001_1



Day 30th March
Wednesday March 29th 2006, 7:31 pm
Filed under: Jurnal

Assalamuaikum kawan-kawan sekalian….

Apa citer kita ari ni ek?.. Apa yang nak diceritakan ari ni??.. tentang kehidupan?.. tentang cinta?.. tentang kawan?… tentang kerja?….

Att003464 Seriusly…apa yg sebenarnya kita tahu tentang kehidupan kita?.. Apa tahap kita sekarang berbanding dengan dulu?.. adakah apa yang kita capai sekarang lebih baik dari hari yg lepas-lepas?.. Bagaimana dengan kisah percintaan kita?.. Adakah ia akan kekal ke akhir hayat kita? Perlukah kita merancang utk kehidupan kita?.. Rancang kisah percintaan kita?.. Rancang siapa kawan kita?..

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan…semuanya di tentukan oleh Allah s.w.t…. Kita hanya lakukan yang terbaik pada apa yang di kurniakan kepada kita. Jika kehidupan kita pahit dan penuh duri sepanjang jalan, elak la duri tu.. jangan main langgar ajer.. Jika percintaan kita penuh dengan hempedu dari madu.. jangan minum hempedu.. biarlah madu itu sedikit.. tapi manisnye tetap kekal… Jika kawan kita tikam belakang… lain kali bila berkawan.. jangan sesekali membelakangkan kawan…tak pun tak payah berkawan langsung.. terus menerus jadi kera sumbang… Jika kerja anda membuhsankan.. tak payah kerja dengan orang.. kerja sendiri.. bukak bisnes sendiri ker… jadi VIP terus-terusan dengan mengharapkan belasan orang lain ker…

Apa sebenarnya yang mcik type ni?.. hahahah… hanya mcik yang mengetahui nyer..

—–

Bayangkan yang pada suatu hari, kita bangun dari tidur dan mendapati katil yang kita baring semalam dah tak ada.Bilik yang kita berada semalam juga sudah tak ada. Semua benda yang boleh kita lihat dan kita rasa pun dah tak ada.Bayangkan kita sekarang bangun dari tidur dan mendapati yang kita kini berada di dalam sebuah tempat yang tiada apa-apa. Tiada apa yang boleh kita lihat dan rasa walau secebis cahaya sekalipun dan sejasad zarah. Perkataan fizikal tidak wujud langsung dalam tempat itu. Inky void, empty space, kosong, absolute zero, gelap dan vacuum.

Apa perasaan kita ketika itu?

Sekarang, bayangkan dari suatu arah tiba-tiba kita nampak katil yang kita baring semalam. Kita hanya boleh nampak tetapi kita tak tahu macam mana nak pergi ke katil tersebut. Kita berusaha – berusaha – dan terus berusaha tetapi masih juga tak dapat nak sampai ke katil itu. Akhirnya katil itu terus pergi dan hilang dari pandangan.

Adakah kita yang semakin hanyut dan menjauhi katil itu atau sebenarnya katil itu yang bergerak meninggalkan kita jauh - jauh dan semakin jauh atau masing-masing menjauhi diri antara satu sama lain. Dapatkah kita tahu?

Sebenarnya kita tak akan dapat tahu samada katil itu yang hayut menjauhi atau kita yang meninggalkan katil itu jauh; kita tak akan tahu. Apa yang kita tahu sekarang ialah katil itu dan kita dah semakin menjauh. Tak kisahlah siapa pun yang mula-mula menjauhi siapa. Yang pastinya masing-masing sudah menjauhi dari diri masing-masing; itu yang pastinya. Isaac Newton mengatakan itu dalam teori graviti’nya.

Dan pada aku teori itu padan dengan kisah cinta dan kita. Cinta itu umpama graviti yang membuatkan kita terus kekal berada pada kewarasan. Tanpa cinta hidup jadi macam tak ada apa-apa makna. Berdiri dalam ruang gelap yang kosong sekosong-kosongnya. Jika ada pun objek yang berada disekeliling, kita tak mungkin tahu atau tahu bagaimana untuk mendekati atau menjauhi; bagaimana untuk merasai dan bagaimana pula untuk mencapainya kerana tanpa cinta, tarikan antara dua insan tak mungkin berlaku dan tarikan pen’dekat’an atau pen’jauh’an juga tak mungkin akan terjadi. Begitulah peliknya mengenai cinta.

Memetik kata-kata oleh seorang ahli matematik Perancis, Blaise Pascal: “The heart has its reason whereof reason knows nothing.” Tetapi kita mahukan alasan untuk menerangkan perasaan, terutama sekali mengenai cinta.

Apa yang aku nak tulis nanti mungkin satu alasan untuk memahami cinta tapi bukanlah satu definasi tepat bagaimana cinta harus diterjemahkan kerana pada aku cinta tidak mungkin boleh diterjemahkan, hanya digambarkan.

Bulan lepas aku menziarahi mak saudara aku di Shah Alam. Di rumahnya ada Astro. Aku mengelongsori saluran-saluran yang dilangganinya sehinggalah aku berhenti di saluran National Geographic. Dokumentari hari itu mengenai seorang ahli saintis paling terkenal di dunia, Albert Einstein dengan kisah teori relativitinya.

Teori relativiti menyatakan: “Matter and energy are relative and light are constant.” Dia menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain. Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.

Apa yang aku nak cuba katakan, cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative. Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.

Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.

Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.

Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, “Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa” maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti.

Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: “Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah.” Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.

Bukankah cinta juga begitu?

Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.

Kepada mereka yang putus cinta, cinta sebenarnya tidak pernah putus cu ma dipantulkan semula oleh orang yang kita harap akan menyerap cinta kita. Masa saja yang akan menentukan bila dan siapakah yang akan sudi menyerap kuasa cinta kita untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bagi dirinya untuk memancarkan semula cinta kita kepada diri kita. Bukankah cinta sentiasa mengenai memberi dan bukan sekadar menerima sahaja.

Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?

Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlain. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cu ma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.

Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap. Dalam hal ini mungkin teori ‘Noble Silent’ dalam konsep Zen boleh diguna pakai. Bukanlah nak suruh kita semua pakat-pakat masuk agama budha dan jadi sami tapi rasanya kaedah yang baik untuk kehidupan tidak terbatas oleh tuntutan agama tertentu.

Noble Silent atau dalam bahasa melayunya, kesunyian yang mulia menuntut kita untuk keluar dari lingkup kebiasaan kehidupan untuk seketika. Mengasingkan diri dari dunia meta-fizika dan menyelami dunia spectral. Bertafakul dalam bahasa yang lebih mudah. Di situ kita mungkin boleh lebih memahami erti disebalik pengertian dan persoalan disebalik keraguan tentang kehidupan – tentang perasaan. Saat di mana kita keluar dari rangka jasad dan menilai diri sendiri dari perspective pihak ketiga – devosi kepada Maha Pencipta - bermuhasabah. Semoga dalam penilaian tersebut kita tidak lagi terkeliru dengan konsep cinta yang pelbagai dan berbagai-bagai rupa.

Cinta pada aku adalah abstrak dan datang dalam pelbagai kefahaman. Bergantung pada siapa yang menerimanya. Teori cubisme oleh Picasso dalam lukisan beliau boleh dijadikan gambaran bagaimana cinta boleh dipergambarkan dalam kepelbagaian sudut pemahaman dan pentafsiran. Apa yang kita sifatkan sebagai bentuk asal boleh dijelmakan dalam bentuk yang lain tanpa merubah sifat dan makna cinta itu sendiri.

Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta.

Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita. Dan yang paling penting; fanaticism dalam cinta adalah suatu yang silap dan mereka yang mengamalkannya adalah golongan orang-orang yang kacau mentalnya.

—–

APA PUNCA ANAK DERHAKA???

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah… "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan ‘anak derhaka’. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka di kalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



Day 28th March
Monday March 27th 2006, 4:12 pm
Filed under: Jurnal

Ajwad Happy Birth day to you..Happy Birth day to you..Happy Birth day to you..

Happy Birth day to AJWAD…Happy Birth day to you..

Assalamualaikum Semua…

Musti tertanya sapa baby dalam gambar di atas tu.. heheh.. tu anak kawan Mcik.. nama dia Ajwad.. ari ni genap dia setahun… Comel!!!.. Geram jer dengan dia… kalu korang tengok list kengkawan mcik.. korang boleh nampak mak dia dlm list tu..

—-

Ada la satu birth test ni mcik buat… dapat dari Group KL Menjerit tu… nak tau result? Hehehe… Mcik dapat 9, while Pcik dapat 3. So korang baca la result dia.

#9 - THE PERFORMER 9’s are natural entertainers. They are very
caring and generous, giving away their last dollar to help. With their
charm, they have no problem making friends and nobody is a stranger to
them. They have so many different personalities that people around them have a hard time understanding them. They are like chameleons, ever changing and blending in. They have tremendous luck, but also can suffer from extremes in fortune and mood. To be successful, they need to build a loving foundation.

Famous 9’s Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy
Carter, Elvis Presley

# 3 - THE LIFE OF THE PARTY 3’s are idealists.
They are very creative, social, charming, romantic, and easygoing. They start many things, but don’t always see them through. They like others to be happy and go to great lengths to achieve it. They are very popular and idealistic. They should learn to see the world from a more realistic point of view.

Famous 3’s: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvador Dali, Jodi Foster

Memang la benda ni tak elok percaya… tapi korang pernah tak terwonder benda ni kadang-kadang macam betui.. macam dia actually reflects who we are…Senang kata.. yang buruk tu ktia amik buat sempadan dan pengajaran…dan yang baik tu kita teruskan jadi panduan.. hehe..tak salah pun…

—-

Banyak pilihankah kita??

"Hidup ini terlampau banyak pilihan, kan. Apa sebenarnya yang kita cari? Atau kita sebenarnya sedang menanti?

Nantikan siapa?

Nantikan apa?

Kadang-kadang hidup ini sukar diramal, kan. Mungkin kerana kita takut pada kenyataan. Mungkin juga kita tak yakin pada diri sendiri. Atau kita sengaja melepaskan peluang yang ada dek kerana ingin mengejar impian yang mungkin tak tercapai.

Mungkin…

Selalunya manusia takut pada apa yang mereka tak tahu. Tapi ada setengah kes, lepas tahu lagi rasa takut sampai berdoa supaya tak pernah tahu sebelum ini. Pelik, kan?

Orang kata kita kena selalu anggap gelas separuh penuh. Berfikir begitu lebih positif. Betul ke?

Tapi kalau gelas sentiasa separuh penuh bila pula kita nak habiskan air tu? Takan nak biarkan saja gelas tu macam tu saja tak terusik. Tak mahu tambah air kerana tak nak melimpah dan tak pula nak minum sebab tak mahu gelas jadi kosong. Hem, Susahnya…

Akhirnya samada kita nak atau tak nak, penghujung jalannya ada satu saja: buat pilihan.

Kuat ke nak buat pilihan?

Kalau pilihan yang terpaksa dipilih sekadar menyebabkan kesan yang kecil rasanya tak ada masalah. Tapi bagaimana kalau yang boleh bikin hidup jadi berubah sampai bila-bila.

Ada berani?

Minum secawan cappuccino panas di Domé sambil layan mata usha awek KL yang berjiwa barat di taman KLCC memang best. Walaupun pakaian mereka agak menjolok mata tapi bagi aku ia merupakan satu panorama yang cukup menyeronokkan.

Melihat mereka seolah seperti mencerminkan diri sendiri. Gelagat mereka yang pernah menjadi ‘mazhab’ aku masa zaman ‘keganasan’ dulu semacam mengerudi kabinet fail silam yang dah aku kunci dengan mangga solex tahan karat. Hidup masa tu memang cukup mudah. Macam A B C dan 1 2 3. Tak perlu fikir perah dan tak perlu risau resah. Life is just like licking the ice cream (pengibaratan yang cukup naif dalam mendefinasikan kehidupan).

Kekadang tu rindu juga nak menjelma jadi macam tu kembali. Jealous pun ada. Kenapa masa berlalu cukup pantas dan keadaan berubah cukup ketara. Kenapa berubah?

Reality selalunya tak terlalu mudah untuk difahami. Mempertanyakan sesuatu yang reality adalah persoalan yang tercetus dari rasa yang tak pasti.

Apa itu reality?

Reality adalah sesuatu yang disandarkan pada fakta dan disokong oleh kepastian yang bersifat mutlak. Kita yakini itu sebagai reality kerana reality yang disogokkan bersesuaian dengan kehendak pancaindera. Teori filem Matrix yang mengaburi kesedaran manusia menyakini kenyataan yang reality bila reality yang disogokkan memenuhi kehendak dan keperluan pancaindera untuk menerima reality buatan sebagai reality sebenar.

Adakah itu sebenarnya definasi reality?

Beberapa bulan lepas aku pergi ke pesta buku antarabangsa di PWTC dengan seorang kawan. Banyak buku yang dipamirkan. Rambang mata juga dibuatnya Habis dua tingkat pameran aku jelajahi. Dan akhirnya aku berhenti di booth Creative Enterprise. Ada sebuah novel yang amat menarik perhatian aku. Tajuknya aku lupa tapi yang aku boleh ingat sepotong kata yang tercanting di atas muka kulit novel tersebut: “Hidup ini terlampau banyak pilihan.”

Aku tersenyum sendirian. Dalam kotak fikir aku mengiyakan kata-katanya. Hidup ini terlampau banyak pilihan. Dan setiap pilihan memiliki kesudahannya tersendiri. Persoalan yang terbit dari kata-kata itu ialah keputusan membuat pilihan dari pelbagai pilihan yang terpampang di depan kita.

Mana satu yang harus kita pilih?

Kat depan PC aku sekarang ada sebuah kadboard yang aku lekatkan gambar aku semasa baru berusia 6 bulan sehingga gambar aku ketika menghadiri convo 10 tahun yang lepas. Satu timeline kehidupan yang aku buat untuk mencari arah tuju hidup aku sendiri dari mula sampai sekarang.

Bermula dengan begitu mudah. Perjalan hidup makin lama makin susah. Apa yang dipelajari makin lama makin susah. Nak sampai di mana aku skarang ni pun punyer la payah…


Kesimpulan yang boleh aku dapat dari timeline itu: Hidup ini terlampau banyak perkara yang tak disangka-sangka.

Adakah ini yang dimaksudkan dengan pilihan?

Adakah ini reality?

Apa pun yang kita buat hanya percaya pada satu. Kita merancang untuk diri kita dan Tuhan pun merancang untuk diri kita dan sesungguhnya rancangan Tuhan (Luh Mahfuz) lebih agong berbanding rancangan kita. Itulah reality yang pasti dan pilihan yang paling tepat."



Nama-nama bayi Yang di Larang
Sunday March 26th 2006, 7:28 pm
Filed under: Jurnal
NAMA ERTINYA
Abkam
Abiqah
Afinah
Asyar
Asyirah
Amah
Baghiah
Bahimah
Balidah
Bakiah
Baqarah
Batilah
Dabbah
Dahriyah
Dahisyah
Darakah
Daniyah
Dimnah
Dami’ah
Fasidah
Fasiqah
Fasyilah
Fajirah
Faji’ah
Ghafilah
Ghailah
Ghaibah
Ghasibah
Ghamitah
Ghawiah
Haqidah
Hasidah
hazinah
Huzn
Khabithah
Khali’ah
Khati’ah
Khasirah
Khamrah
Jariah
Jafiah
Kaibah
Kafirah
Kamidah
kazibah
Lahab
Laghiah
La’imah
Lainah
Lahifah
Maridah
Majinah
Majusiah
Munafiqah
musibah
Nariah
Nasyizah
Najisah
Qabihah
Qatilah
Qasitah
Qazurah
Rajimah
Razi’ah
Razilah
Sakitah
Safilah
Sahiah
sakirah
Safihah
Syaridah
Syaqiyah
Syarulbariyah
Syani’ah
Syarisah
Syatimah
Syariqah
Talifah
Tarbiyah
Tarikah
Tafihah
Talihah
Yaisah
Yabisah
Wahinah
Waqihah
Wasikhah
Wasiyah
Wahimah
Wahiah
Wajilah
Wailah
Waqi’ah
Zalijah
Zalilah
Zalimah
Zaniyah
Zufafah
Tidak celik,buta
Hamba yang lari dari tuannya
Yang bodoh
Paling jahat
Yang tidak bersyukur
Hamba suruhan perempuan
Yang zalim ,jahat
Binatang
Yang bodoh, bebal
Yang menangis, perengek
Lembu betina
Yang bathil ,tidak benar
Binatang
Yang percaya dunia ini semulajadi
Goncang, stress
Kedudukan yang paling rendah
Yang lemah dan hina
Hasad dengki yang berbuku di hati
Yang mengalir airmatanya
Yang rosak, yang binasa
Yang jahat, si fasik
Gagal, kalah
Yang jahat, yang berdosa
Kecelakaan
Yang lalai, yang leka
Kecelakaan, bencana
Hilang
Perampas, perompak
Yang tidak mensyukuri nikmat
Yang sesat, ikut hawa nafsu
Yang dengki
Yang hasad
Yang sedih
Kesedihan
Yang jahat, yang keji
Yang tidak segan silu,
Yang bersalah, yang berdosa
Yang rugi
Arak
Hamba suruhan perempuan
Yang tidak suka berkawan
yang sedih
Yang kafir,Yang engkar
Yang hiba, yang sangat berduka
Pendusta, pembohong
Bara api
Sia-sia, tidak berfaedah
Yang tercela
Yang terkutuk
Yang sedih, menyesal dan di zalimi
Yang menderhaka
Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Agama menyembah matahari
Yang munafiq
Celaka,bencana,kemalangan
Api
Yang menderhaka dan melawan suami
Yang najis dan kotor
Yang buruk, hodoh
Pembunuh
Yang melampau batas
Kejahatan,perzinaan
Yang di rejam, yang di laknat
Kecelakaan, musibat
Yang keji dan hina
Yang jatuh, yang hina,yang jahat
Yang rendah dan hina
Yang pelupa
Pemabuk
Yang bodoh
Yang di usir, yang merempat
Yang menderita sengsara
Sejahat-jahat manusia
Yang buruk
Yang buruk ahlak
Maki hamun
Pencuri
Yang rosak,yang binasa
Yang papakedana
Andartu
Karut
Yang bukan salih(baik)
Yang berputus asa
Yang kering,yang sedikit kebaikkannya
Penakut
Yang kurang sopan dan malu
Yang kotor
Yang mengumpat
Yang lemah
Yang lemah,yang jatuh,yang buruk
Penakut
Bencana, keburukan
Pertempuran dalam perang, umpatan
Kebinasaan
Yang hina
Yang zalim(penganiaya)
Pezian,pelacur
Racun pembunuh



Wut signs says about you… hahahah
Sunday March 26th 2006, 6:41 pm
Filed under: Jurnal

Read it… but I dont believe it at all.. somehow it says the exact opposite about me n pcik..

Aries1

Scoprio



Day 27th March..morning..
Sunday March 26th 2006, 6:37 pm
Filed under: Jurnal

Assalamualaikum kengkawan…

Mcm mana dgn week end korang?.. Mcik terperuk kat umah… nak kuar malas.. di tambah la dengan cuaca yang mendung.. asik la ujan… heheh.. sedap bergulung kat tilam sambil layan buku citer n tengok tv.

Apa sarapan korang pagi ni?… Mcik ari ni bawak bekal, bawak rebus ubi berlauk kan sambal tumis ikan bilis dan ikan masin. Sedap!!.. Kawan-kawan pun tumpang makan bekal mcik.. hahahah… tarak hal.. ada rezeki kita makan sama…

Cafe kat tempat mcik keje ni.. ntah la.. tak tau nak ckp macam mana.. tak sedap langsung.. tak ada rasa.. tak ada rupa pada makanan yang di jual ni. Menu ari-ari sama. Rasa muak tengok hidangan sarapan pagi dia. Larat ker ari-ari nak mkn mee goreng, kuew teow goreng, bihun goreng, nasi goreng, n nasi lemak?.. Nasi lemak tak berlauk… ada telor goreng n timun n sayur jer… Ikan bilis pun kekadang jer.. sambal kosong lak tu!!.. Itu satu hal la.. rasa tak sedap langsung. Kadang-kadang tong kicap tumpah… kadang-kadang kilang cili.. kadang-kadang tangki minyak bocor.. Yang mcik pelik.. tukang masak tu tak rasa ker masakan dia?.. tak nampak ker rupa masakan dia macam mana??.. Tak kesian kot kat pekerja sini.. kami dah tak ada pilihan lain.. tak ada tempat lain nak pi makan. Mcik rssa la.. kalu buka kedai makan macam ni kat KL, dah lama lingkup bungkus!!.. Bukan tak komplen… bukan tak cakap.. dah banyak kali cakap.. banyak kalo komplen.. tapi benda sama gak yang jadi!!.. Kalu ada perubahan pun untuk 3 ari pertama jer.. paling lama pun bertahan seminggu jer perubahan dia.. lepas tu back to square one. heran la… mcik tak tau lidah atau deria rasa and deria penglihatan dia orang ni berfungsi macam mana… satu lagi mcik nak bebel… pasal buat air… walaupun yang buat nyer orang yang sama… tapi ari ni air mcik ( nescafe tarik)..manis gilak dengan susu, walaupun dah di beritahu KURANG MANIS… minggu lepas.. kejap air mcik rasa manis.. kejap tawar.. kejap terlebih susu.. kejap terlebih nescafe.. kejap tak ada rasa susu.. tak ada rasa nescafe.. isk..isk.. tak paham tui la.. tak paham!!!

3 Ari Sabtu, pcik bawak p makan tghari kat Big Plate.. heheheh.. sedap makan situ.. harga pun berpatutan dengan quantity dan quality yg diperhidangkan. mcik suka mushroom soup dia. Pcik makan Klang Steak, and mcik makan Kurau Grilled Steak. Sedap..sedap…. burppp…. alhamdulliah.. Thank you sayang.. nanti bawak lg makan tempat lain lak ek..ek.. hehehehhe

Ari ahad lepas, genap 3 tahun mcik kenal pcik.. heheheh….pejam celik pejam celik dah tiga tahun rupanya kenal pcik!..hehehe. Tu kenal..bukan bersama.. hehehe.. ingat lagi mcm mana mcik boleh kenal pcik.. ni sumer gara-gara kawan baik mcik, Liana, dia yang introduce mcik n pcik. Memula pakai sms,call or YM je.. heheheh… lps2 tu tak yah tau la… hahahah

"Where ever I go, whatever I do, I carry a little part of you with me right here in the center of me heart."

"Meeting you was fate, becoming your friend was choice, but falling in love with you was completely out of my control. "

"You touched my heart and changed my life for the better."

"You’re the laughter in my life"



10 Tabiat Yang boleh Merosakkan Otak
Thursday March 23rd 2006, 11:03 pm
Filed under: Jurnal

"1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental
otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein
dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak
yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan
kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak
dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak
kita.

Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak kita biar jangan
jadi ‘biol’kan… heheh enjoy anyway…



Plan Your Day
Thursday March 23rd 2006, 7:54 pm
Filed under: Jurnal

Att47326_3

Att47327_4



Married Life
Thursday March 23rd 2006, 6:32 pm
Filed under: Jurnal

Image0011_1



I Am Here For You…
Thursday March 23rd 2006, 5:57 pm
Filed under: Jurnal

I cannot ease your aching heart,
Nor take your pain away;
But let me stay and take your hand
And walk with you today.

I’ll listen when you need to talk,
I’ll wipe away your tears;
I’ll share your worries when they come,
I’ll help you face your fears.

I’m here and I will stand by you,
On each hill you have to climb;
So take my hand, let’s face the world…
And live just one day at a time.

You’re not alone, for I’m still here,
I’ll go that extra mile;
And when your grief is easier,
I’ll help you learn to smile!



Day 24th March
Thursday March 23rd 2006, 5:01 pm
Filed under: Jurnal

Wassaaaaapppp all….

Assalamualaikum….

Dah sampai ke penghujung minggu… tak sabar ari ni abis..(walaupun baru pukul 9a.m).. sabtu ni tak keje… so ada dua ari utk rest kat umah… banyak benda nak buat.. nak basuh baju.. lipat baju.. sapu, mop umah.. pokok2 needs my attention.. dah lama tak cakap dengan pokok… Pelik?.. apa yang pelik kalu mcik cakap dengan pokok?.. ni petua orang tua-tua.. kita kena cakap dengan pokok. Nak-nak lagi kalu pokok bunga Orkid.. ni kira spesis pokok manja. Kadang-kadang kalu kita tensen kita cakap jer dengan pokok. Memang la tak ada respon, tapi sekurang-kurangnya kita meluahkan apa yg terbuku dalam hati kita. Legaaaaa….

Kadang-kadang mcik cakap ngan kucing-kucing mcik… Ada enam ekor semuanya, Deni, Dino, Cik, Drake, Daisy n Daido. Tapi mcik paling suka cakap ngan Deni. bukan apa, bila kita cakap tu, dia pandang muka kita macam dia menghayati apa yang kita cakap. Kalu nak dengar mcik membebel marah… selalu dengan Drake la.. Kalu nak mengusik, main kejar-kajar.. mcik selalu buli Dino. Teringat masa memula amik DIno dari SPCA, Dino ni playful sangat. Dengan suratkhabar pun jadi.. itu yang buat mcik n pcik nak sangat amik Dino. Pantang dengar bunyi lidi, Dino tak cukup tanah lari… bukan takut.. tapi nak main!!!.. heheh.. kucing moden sekarang. Kalu dulu, kucing dengar bunyi penyapu lidi, lari lintang pukang, takut kena pukul. La ni, dengar bunyi lidi, lari datang nak main dengan lidi. heeeheh…

——————————

Memang dulu dan sekarang banyak perbezaan.. dulu apa-apa benda pun sumer nyer di buat secara "jalan panjang". Sekarang ni banyak benda sumer segera. Apa jadi ek?.. makanan segera, pembiakan segera, minuman segera…  Ni mcik sertakan satu artikel yang mcik rasa banyak kebenarannya… kita fikir-fikirkan lah..

Perlahankan Hidup Untuk Berfikir

Oleh: Hishamuddin Rais

Saya telah mengikuti kes selsema burung hampir dua tahun. Ini bermula apabila terjadinya kes pertama selsema burung di Vietnam pada bulan Disember 2003. Pada awal tahun 2004 wabak yang sama telah merebak di Thailand. Pada Februari 2005 ianya berjangkit ke Kemboja. Julai berikutnya wabak ini telah  sampai ke Indonesia Tahun lalu selesema burung telah melanda Indonesia. Minggu lalu wabak ini telah sampai ke Gombak.

Hari ini hama wabak burung ini telah ditemui di Iraq,  Nigeria, Azerbaijan, Bulgaria, Greece, Itali, Slovenia, Iran, Austria, Jerman, Mesir, India dan Perancis. Hingga ke hari ini ada 192 kes jangkitan dari burung ke manusia dan telah mengambil nyawa 92 manusia. Di Indonesia 19 mangsa telah mati dan di Vietnam 42. Semua data-data ini saya pungut dari laporan World Health Organisation (WHO).

Hama avian ini memang telah lama wujud terutama dalam badan itik. Hama ini tidak mencederakan atau membawa penyakit kepada itik. Ianya menjadi bahaya apabila hama ini berjangkit kepada ayam. Ayam adalah satu-satunya burung yang terlalu rapat hubungan dengan manusia. Hasilnya jangkitan yang telah berlaku ini semuanya bersabit dengan ayam.

Saya sendiri memang telah lama menjauhkan diri dari membeli ayam atau memakan daging ayam. Saya belum pernah menjejakkan kaki ke dalam restoran segera yang menjual ayam goreng
atau burger. Ini bukan kerana saya telah menjadi vegetarian tetapi kerana saya telah  melihat dan membaca tentang cara dan teknik pemeliharaan ayam yang sedang berjalan hari ini. Dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat - tempat-tempat pemeliharaan ayam moden ini samalah seperti bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

Kalau dulu, ayam-ayam di kampung akan membesar dalam masa tiga atau empat bulan. Bandingkan, ayam-ayam moden hari ini hanya mengambil masa kurang lebih 40 hari sebelum ianya dijual ke pasaran. Dalam masa yang  sama ayam-ayam moden ini kelihatan lebih besar, lebih subur dan lebih lembut dagingnya. Dalam semua kelebihan ini saya ingin bertanya apakah ianya lebih selamat untuk dimakan?

Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai  baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya ‘kelihatan’ subur dan menarik apabila ianya  telah disembelih untuk
dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

Ketika saya berada di Britain pada tahun 80an dahulu telah timbul satu malapetaka besar ? mad cow disease ? sakit lembu gila. Pada awalnya pihak yang berwajib kurang mengambil perhatian tentang penyakit lembu gila ini. Berita-berita awal penyakit ini hanya dilaporkan sebagai kes yang
terpencil. Ini berlanjutan sehingga ke tahun 90an apabila penyakit lembu gila ini telah merebak dan meragut nyawa bukan sahaja lembu tetapi manusia yang memakan daging lembu ini juga turut menjadi gila.

Akhirnya terbocor berita kajian tentang bagaimana  penyakit ini muncul. Kajian dan berita yang dilaporkan cukup memeranjatkan. Dari kajian, orang ramai telah diberitahu bahawa lembu-lembu daging ini telah diberi makanan khusus yang bukan sahaja dari rumput dan bijirin. Bahan campuran
makan lembu ini termasuk juga lebihan-lebihan dari daging dan tulang kambing dan ayam yang dicampurkan untuk menjadikan lembu ini gemuk. Bayangkan lembu telah memakan kambing dan ayam. Perkara ini telah berlaku begitu lama sekali sehingga memunculkan penyakit lembu gila.
Bahan makanan ini bukan lagi asli tetapi satu yang tidak asli yang hanya bertujuan untuk kemontokan lembu.

Manusia hari ini telah terperangkap dalam tamadun moden yang pada awalnya menjanjikan kebaikan tetapi apa yang kita temui hari ini adalah di sebaliknya. Modeniti yang telah mengampuh abad ke dua puluh semakin dilihat sebagai satu ancaman. Modeniti hari ini berkemungkinan memusnahkan bukan sahaja manusia malah akan meledakkan dunia yang kita duduki ini.
Kelihatan apa sahaja yang telah kita teroka, kita bina dan kita lakukan akan membawa dan melahirkan satu padah akibat yang baru. Akibat yang baru ini pula akan cuba kita ubati,  sayangnya ianya juga akan membawa satu lagi bencana yang lebih besar. Kini semakin jelas bahawa ‘pengetahuan dan keilmuan’ yang kita temui selama ini semakin mengancam diri kita sendiri. Pandangan yang berpendapat bahawa ilmu pengetahuan manusia akan dapat menundukkan alam telah menjadi satu pandangan yang silap dan semakin dikritik. Semakin
bijak percubaan kita untuk menakluki alam semakin kuat dan keras jawapan alam terhadap kita.

Keadaan ini sama juga dengan cara ayam-ayam moden yang  berbaju putih yang dipelihara dalam bilik-bilik kecil. Apa yang sedang kita lakukan terhadap ayam-ayam ini ialah niat kita untuk melawan hukum alam. Memang betul para pakar telah melakukan kajian yang rapi tetapi wajib diingat bahawa ayam sebagai burung seharusnya berkeliaran bebas berjalan dan sesekali
terbang. Ayam-ayam di dalam sangkar ini bukan sahaja telah dinafikan hak untuk berjalan bebas malah ayam-ayam ini telah juga dinafikan hak berahi seksualitinya. Ayam jantan dan ayam betina di dalam bilik-bilik kecil ini tidak pernah mengawan. Kalau ayam betina ini tidak pernah jumpa ayam jantan, apa jenis telur yang keluar? Apa jenis anak ayam yang akan menetas?

Saya bukan ahli sains atau pakar dalam hal hidupan binatang. Tetapi saya memiliki hak untuk menimbulkan pekara-pekara ini kerana saya pernah melihat bagaimana ayam-ayam yang mati
di dalam sangkar atau di rumah-rumah ayam dibiarkan mati dan akhirnya menjadi bahan makanan untuk ayam-ayam yang lain. Kalau dahulu ada lembu yang memakan ayam dan kambing
kini ayam pula sedang memakan ayam. Apa yang akan terjadi kepada ayam-ayam yang memakan daging kawan-kawan mereka?
Mungkin ada saintis yang akan mengatakan ini tidak membawa apa-apa masalah tetapi sebagai seorang yang tidak terdidik dalam ilmu sains saya akan menganggap ini satu perkara gila.
Ayam bukan burung hereng(vulture). Daging ayam bukan makanan untuk ayam. Mungkin ada yang akan mengajukan pendapat bahawa manusia yang semakin padat dalam dunia ini tidak memiliki pilihan. Dunia ini bertambah sempit dan industri makanan wajib melahirkan makanan yang cukup
untuk semua. Saya menolak pandangan ini. Ini bukan satu pandangan yang menyeluruh. Ayam dalam sangkar yang berhimpit-himpit hanya satu manifestasi dari budaya modeniti abad kedua puluh.
Saya menimbulkan kes ayam ini sebagai satu manifestasi modeniti kerana ketika ini dunia sedang membincangkan hama avian sedang merebak. Saya ingin menjemput kita semua untuk duduk sebentar dan berfikir apa yang sebenarnya  sedang terjadi kepada tamadun manusia yang kita panggil moden ini. Kita bergegas ke hulu ke hilir untuk mencari apa? Semuanya ingin kita lakukan
dengan pantas dan segera ? mee segera, makanan segera, ayam segera, sayur segera- teh segera ? semua ingin disegerakan.
Cepat, pantas dan segera ini hendak ke mana? Dengan segala kesegeraan ini apakah kita telah berjaya menawan dan mengumpul masa. Saya kurang yakin yang manusia moden telah dapat mengumpul masa. Apa yang saya lihat dalam segala kesegeraan ini kita sebagai manusia sedang terperangkap dalam satu bilik yang kecil, bangun dan bekerja mengikut masa, memakai baju yang sama, memakan makan yang dicampur hormon, pil dan ubat perasa agar kita sihat untuk menjual tenaga. Ini pada anggapan saya tidak berapa jauh bezanya darikehidupan ayam berbaju putih. Cuma masanya belum sampai di mana kita akan memakan mayat kawan kita.


Day 23rd March - 2nd part
Wednesday March 22nd 2006, 10:09 pm
Filed under: Jurnal

Damn!!!!…. it’s 2 pm in the afternoon.. and the feeling of missing "a person" is so strong!!!…All you can think is "the person".. all you can talk about is "the person"!!… isk..isk…

Have you ever loved someone so much
Deep in your soul
Boy I never knew what love like you before
You came into my life and left me more
You were my friend, also my man
And I love you always
You, you just don’t know what you’ve done for me
You gave me love and now I can’t believe
You are the sun
The only one
And I’ll love you always
Baby don’t leave me
Don’t ever desert me
I promise my love for you
And I’ll love you a lways
Baby don’t leave me
Don’t ever desert me
I promise my love for you
And I’ll love you always
Wish I had known that you’d come for me
I was a soul that was lost and incomplete
You are my friend
And now you are my man
And I want you a l ways
I, I just don’t know what came over me
You touched my soul and let me feel free
Always be there
Baby don’t be scared
Cause I love you always
You should know now that I’ll never leave you
I’ve searched a man and now I’ve found you
You are my friend
My only man
And I’ll love you always



Bila Al-Quran Mula Berbicara
Wednesday March 22nd 2006, 5:00 pm
Filed under: Jurnal

Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu’, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di
surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur’an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….



Tips to avoid stress
Wednesday March 22nd 2006, 4:57 pm
Filed under: Jurnal
Aim to exercise regularly. Exercise dissipates the adrenaline that builds up in stressful situations and leaves us feeling with a sense of achievement and control.
Eat healthily. Ensure you are getting adequate vitamins and minerals in your diet. One recommendation that very few of us manage is to eat 5 servings of fruit and vegetables daily.
Make sure you are getting enough sleep. People need varying amounts ranging from 5 or 6 hours to 10 hours a night. By trial and error you will know how much sleep YOU need to perform at your best.
Learn to think clearly and set yourself realistic goals and objectives. Work through one problem at a time in a logical way.
If you feel a panic or anxiety attack coming on, think through the problem by breaking it down. Imagine the worst that can happen. Nine times out of ten it then appears less serious.
Say NO to tasks and projects you cannot take on. People will not think any less of you. After all they have not got ESP.
Remember that you are human and mistakes are inevitable. Learn to view mistakes as learning opportunities and problems as challenges.
Practice positive visualisation. Think about a time or a place when you were relaxed and at peace. It could have been on a holiday or a day off. Try to recreate the situation again in your mind, thinking about the sights, sounds and smells you experienced.
Visualise yourself back into the scene. You will find that after 5 to 10 minutes you feel much more relaxed as your brain does not know the difference between imagining a situation and actually being there. Some people call it day dreaming but visualisation is a very powerful tool in reducing stress and anxiety.
Take time out for yourself. Make sure you are doing some things in your life because they are important to you, rather than because you ought to or should do. You deserve to take a break occasionally, do not feel guilty enjoy it.
Accept your strengths and weakness and like yourself anyway. If you do not like yourself you cannot expect anyone else to. Understand also that you cannot change anybody else - only yourself.
Practice physical relaxation techniques. Progressive relaxation contracting and relaxing all the body parts is a very effective way of reducing tension.


Day 23rd March
Wednesday March 22nd 2006, 4:55 pm
Filed under: Jurnal

Wasaaaaapppppppppp friends…

mcik pepagi lg dah hangin la.. ampes tui la…saja jer cari pasal… benda salah dia boleh sesedap ati nak pin-point ker mcik balik???.. nak kena bom ni!!!.. mangkuk bertingkat sungguh la…dulu dgn yg lama pun kena mcm ni gak.. yg baru pun???key-pad-lock sungguh!! GErammmmmmmmmm….

———-

Korang pernah tak bangun tido jer korang rasa macam korang rindu sangat kat seseorang tu?.. Ari ni mcik dilanda la penyakit rindu melampaui batas… heheh… sakit kan… membuat nak bangun utk mandi pi keje tu mcm liat jer.. nak bg kucing makan pun malas.. nak taruk make-up pun cam tak der mood… all you can think is how much you miss the person…how much you want to be with the person.. how much..how much..how much… but have you ever wonder.. if that the person is feeling the same as you are?..kita jer yang sorang terhegeh-hegeh rindu… orang tu rindu kita ker??.. tepok sebelah tangan la…emmm…. kadang-kadang korang pernah tak terfikir..korang sayang orang tu separuh mati.. tapi orang tu?.. sayang kita sebagaimana kita sayang dia ker?..

hantuk pala ker dinding…then you’ll get the stars!!



I Wish….
Tuesday March 21st 2006, 6:20 pm
Filed under: Jurnal

i wish i didn’t luv him this much
i wish i didn’t met him in the 1st place
i wish i can forget his smile, his eyes, his voice, his touch
i wish i didn’t recognise the sound of him walking behind me
i wish i can delete all the memoirs of him inside my mind
i wish i can runaway from all this pain inside me
i wish… i wish… i wish…
but still
it’s him..the 1 dat i luv with all my heart n soul
the 1 that stick to my mind like a glue
the 1 the always in my eyes
why must luv hurts so much?
Dscf0073
I love u yesterday, today and tomorrow…and forever….
- NeA


HAKIKAT SEBUAH CINTA
Tuesday March 21st 2006, 6:07 pm
Filed under: Jurnal
Cinta tak pernah bertanya
kenapa mentari dikunyah senja
tika siang dihias pesona

Cinta tak pernah bertanya
kenapa bulan ditelan gerhana
tika malam diserkup lena

Cinta hanya bercerita
tentang manusia
tentang jiwa yang lara
tentang janji yang tersisa oleh dusta
dan tentang segala
yang dibungkus rasa

Cinta yang nyata
hanya pada Yang Esa
justeru jangan dialpa
usah dipersia
kerana bila tiba waktu ketika
akan mengetuklah usia
di pintu masa

Begitulah
hakikat sebuah cinta…