21st November
Monday November 20th 2006, 9:58 pm
Filed under:
Jurnal
Dah nak abis dah bulan November ni. Cepat betui la masa berlalu..perasan tak masa tu berlalu?… kadang2 kita tak perasan pun kan?.. tau tau jer masa dah tamat.. masa dah berlalu… ntah la…
Lately ni hati mcik cepat sangat terusik.. cepat sangat terasa… air mata begitu mudah mengalir. Macam empangan yang selama ini di bina dah tak boleh menampung. Asik ada jer yang bocor. Berusaha sekuat mana pun utk menampal kebocoran…tapi tetap mengalir air nyer. Pikiran selalu merewang ntah ke mana… hati melayang ntah mana… Salah kata hati terasa… mata mengalir.. salah laku hati terguris.. mata mengalir… isk..isk… susah tul la… kena belajar to be stronger..tougher…
—
Kisah Dari Lagu…
Dari air mata ku yang jernih, renunganmu entah di mana, hembusan bayu bertiup engkau rindu kepadaku, betulkah apa kau katakan, ataupun mainan perasaan, jiwa yang gelodak yang meronta kesakitan…… ( BPR – Air mata jernih )
Bagaimanakan ku mula, dan apakah kata kata yang indah untuk diabadikan, tiap wajah berkisah, tiap madah bererti, manakah ilhamku, cahya dimatamu, senyum di bibirmu, mengukir seribu tanda pertanyaan…… ( Suatu masa – M. Nasir )
Tidak kutahu, mengapakah sepinya melanda hatiku, dan bukannya kemahuanku, datangnya sendiri, tidakku tahu mengapakah, pilunya dipinggir hatiku, dan kucuba untuk mengusir, tapi tak berdaya, lalu terbuka gerbang hatiku menyambut rindu datang bertemu aku gelisah, kini rinduku menjemput cinta yang di takdirkan denganmu sayang, bukan pintaku atau mahumu, semuanya suratanNya…… ( Takdir & Waktu )
Di cermin kaca ku memandang, diriku serba kekurangan, namun bagimu bukan itu satu ukuran…… ( Kau satu-satunya - Ukays )
Bermaknakah tiap baris kata-kata, ataukah hanya di bibir saja, bersungguhkah rindu yang engkau pamirkan, ataukah sekadar lakonan…… ( Purnama merindu – Siti Nurhaliza )
Terkadang perjalanan jauh, yang kan mampu aku menapak, pendakian gunung yang tinggi, lembah jurang yang ngeri aku harungi, biarkan dunia beredar, rentak sama kita berlari, menuju titik permulaan, belum tahu di mana. Ia berakhir…… ( XPDC – Nafisa )
Engkau yang pernah membuat hatiku keliru, namun anehnya, kau jua yang kurindu, kini sendiri kuharungi terus mendaki puncak yang tinggi………………… ( Kerlipan – Ella )
Sebelum engkau ke mari, tiada resah, tiada khuatir, menjelang kemesraanku, yang di rindu hanya syahdu, mengapa itu mahu jadi teman, mahu jadi kekasih, selamanya…….( Semalam yang hangat – WINGS )
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati ini, seharian waktu bersamamu, tak terasa saat yang berlalu………. ( Pelangi petang – Sudirman )
Sesaat engkau tidak kutemu, bulan seakan pilu, tiada dapat beradu, begitu jika engkau membisu…. ( Sejiwa – Spring )
Kekasih tulis namaku, di dalam diari hatimu, kekasih setiap senyummu, pengubat rindu di hatiku….. ( Diari hatimu – Siti Nurhaliza )
Kasihmu beraja di hati, kasihku bertahta dijiwa, walaupun tiada di mata, cintamu tetap sebati….. ( Nian di hati _ Siti Nurhaliza )
Bila hadir kasih sayang, tanda cinta sudah berakar, terkadang buta hidupku, terkadang semangat gelora………..( Falsafah cinta – Slam )
Cinta menciptakan rindu, juga membuat kita sendu, semangat terbakar hangus, hidup mesti terus …… ( Falsafah cinta – Slam )
Hanya tuhan yang mengerti hati dan perasaanku, di tengah malam syahdu, hatiku merindu…. ( Sampai hati – Spring )
Sinar matamu bagai api menyambar, hanguskah engkau dan aku sama, bara restu cintamu aku terpandang, oleh pancaran jernih cinta kristal, kini aku terlontar ke dasar cintamu suci, kini aku mengenal akan kepastian, agungnya cintamu hangat memancar, panas membara…… ( Cinta kristal – Rahim Maarof )
Dingin malam tirai kenanganku, menyerlahlah segulung ingatan, terciptalah rimba kehidupan, percintaan dalam perjuangan….. ( Srikandi cinta – Bloodshed )
Berarak mendung kelabu, mengekori langkahku, sepanjang kehidupan, penuh dugaan, namun aku tetap aku, kucuba dan terus mencuba, mencapai suria walau membakar jiwa, walau aku dihina namun aku tetap aku, derita oh derita engkau di mana mana, walau jauh aku lari, namun indah mimpi dari realiti…………………………….. ( Layang –layang terputus talinya – Alleycats )
Seandainya dapat kau selam , sambil mentafsir tasik hatiku, Cuma tenang di permukaan, dan didasarnya bergelora, persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran, tidak ku temu jawapan, seandainaya dapat ku lari, jauh ku pergi membawa diri, sebenarnya langkah terkunci antara kasih dan juga ………………. ( kemelut di muara kasih – Ziana Zain )
Dapatkah putikkan menjadi bunga, kiranya cuaca sering gerhana, dapatkah kasih bersemi selamanya, ataupun aku harus berserah kepada Nya yang maha esa, mestikah ada satu pengorbanan sehingga terjadinya perpisahan, kiranya itu satu permintaan, perlukah kau dan kumerelakan…………( Karam – Zabarjad )
Bila kukenangkan, masa yang berlalu, tidak kukesalkan , pedih pilu tidak ku menduga, tidak kupercaya perpisahan ini jadi nyata…..( Hilang berganti – Sudirman )
Perpisahan itu selalu terjadi, kepada insan yang bercinta, sungguh sedihnya rasa, apabila ianya terjadi……………………………………..
Air mata takkan bias merubah perjanjian, andai kasih harus berpisah, kecundang di tengah jalan, apakah kita terpaksa berkorban demi cinta, sampai masa yang menentukan, tangisan akan reda…( Air mata kasih – Saleem )
Jangan ditunggu, pasti takkan berlaku, walau ku cintakan mu, biar di simpan, adakan sempadan aku dan juga dirimu…………………( Aku dan kamu – Flop poppy )
Bukan maksudku bukan inginku melukaimu, sadarkah kau di sini ku pun terluka, melupakanmu, menafikanmu, maafkan aku, lupakan saja diriku, bila itu bisa membuat mu kembali bersinar dan dan berpijar, seperti dulu kala, caci maki saja diriku, bila itu bias membuatmu kembali bersinar… ( Dan – Sheila On 7 )
Weekend with Meera
Sunday November 19th 2006, 4:58 pm
Filed under:
Jurnal
tgk jer la tajuk… mcik tau korang mesti tau apa citer mcik kali ni.. hehehe…. acara bermula hari jumaat… pagi2 mcik kena p east in hotel, ada
seminar/workshop di situ… balik dari seminar about lunch time, kena balik office.. ampes… dok bajet nak cabut terus.. kena plak balik ofc. Anyway.. petang tu ada staff metting. Melalut smp kul 5.30 ptg!!.. Mcik dah panas bontot duk dlm boardroom tu.. apa tidak nyer.. mcik ada dinner di KL Tower dengan Meera.. ikut Meera punyer office annual dinner… mana sempat nak balik.. nak tukar baju lagi.. ampes!!!.. Abis je meeting.. mcik pecut balik umah.. siap2 pakai baju, bagi kucing makan…
bagi Deni ubat.. mcik pecut p KL. Shumaker tu makan asap jer!!!!.. hahahha… sekali smp KL.. ujan.. petang.. sedia maklum jer la.. JEM!!!.. UWARGHHHHHHH!!!!!… dah ler kete mcik ni manual.. mo tercabut pala lutut mcik yang dah season ni!!.. Memula jem kat Jalan Tun Razak.. bila dah clear sket.. jem kat area PWTC tu.. ada plak kren terhegeh2… abis yg kat blkg jadik tensen.. nak potong.. dia jer dah mkn 1 1/2 jln!!.. isk..isk..haru… lepas tu jem kat traffic lite kat Plaza Ampang tu. Sekali lampu ijau.. 4 biji kete
jer lepas!… apa kes la…. kadang2.. lampu ijau..tapi tak leh lepas sbb?.. jln dha kena block dgn kete dari arah yg lain.. isk..isk.. situ sangkut… lepas tu jln ampang hala KLCC lak.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa… haru tul! Dekat tapi jauh.. ni la dia… dah npk KLCC tu sepelaung jer.. tapi jauh nyer.. macam berbatu2…
time dinner.. kat KL TOwer.. deco?.. GOOD!!.. food?.. LOUSY!!! entertainment? … best..best.. ado paperdolls!!!.. hahaha..seksi giler… menganga nengok nyer…ada siap gelek2kat staff smp mamat tu mcm takbetui duduk.. ada yg kena kiss di pipi lagik!..
hahah..bani..bani… Host dia malam tu Sarimah Ibrahim. Memang bagus la minah tu.. keletah..funny… and selambar dia jer.. heheh.. ada gak few games dia main.. Fun!. Staff CPOC ada gak buat show. ok la.. memandangkan depa ada seminggu je utk berlatih. Konon nya tarian tu di ajar oleh Syed Ehsan.
lps dinner, mcik n meera balik. Meera tido umah mcik..so kami konvoi kete.. dedua kenari kaler hitam!! hehehe..singgah kedai mamak pekena nescafe ais.
esok bgn, meera ikut mcik p ofc. kami bekpes.. kami transfer lagu dari hdisk meera ke mcik nyer.. then mcik nyer ke meera lak.. tukar2 lagu ler tu… lps tu kami blk umah. kami lunch kat McD Rawang..siap ada orang tua jeling2 tajam
marah kat mcik!!..tak tau la apa masalah dia. nak kata mcik ngorat dia.. senyum pun tidak.. heran..heran… kami balik umah.. layan mata tidooooooooooooo…. petang bgn.. konon nak p pasar malam carik makan… we end up makan kat Studio 5, ampang jaya. hahahahahah.. jauh gilak melencongnyer.. then kami p main bowling!!..Yang best nyer kami betting sapa kalah banjer minum…ehhehe.. mcik menang la..apo lagi
megi goreng la.. nescafe ais dua gelas.. then… kami p Kota Damansara.. jalan2 kat Downtown.. kat mana?.. ala.. kat area Kompleks Muhibbah. Mcik kekononnya carik baju t-shirt utk buat bowling tournament mcik.. nak pakai baju sama.. konon satu team kan!.balik umah kul 3 pagi!! heheheh.. haru…
ari ahad.. ari lepak sedunia.. tapi gigi mcik sakit.. sampai kuar air mata menahan!.. p cari klinik yang bukak.. tapi sumer tutup..al-maklum ari ahad beb. lps tu kebetulan lalu depan Klinik Gigi Rozita, dia tgh buat preparation utk jamuan hari raya. Mcik dgn selambarnya telah merayu kat doktor tu bg la mcik apa ajer
janji sakit kurang..janji mcik boleh makan. So dia bagi dua jenis pain killer, satu kuat, satu mild, and antibiotik. So sekarang ni mcik on pain killer la. Hilang efek berair balik la mata mcik menahan sakit gigi. heheheh… petang, mcik p umah long. Ada jamuan hari raya. Long masak mee rebus, sate, nasi pilau , capati ang bubur sum-sum. Sedap!.. bubur sum sum tu peveret mcik… mcik makan 3 mangkuk!!.. ehhehehhe… lps tu mcik layan anak2 sedara main bunga api.. kul 10.30 baru gerak balik umah.. tu pun mak yg suruh balik.. hehe.. smp umah lps gosok baju utk isnin..mcik pengsan!!
btw, mcik ada tournament bowling khamis ni di Bukit Beruntung Golf Club.
and, Deni beransur pulih.. dia dah berjalan. And dia dah boleh p dapur sendiri utk makan. sbb sebelum ni mcik bagi dia makan kat cage dia terus..
—-