Aries 30th August
Wednesday August 29th 2007, 5:26 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

A friend’s feelings are fragile today, so be enthusiastic about their future plans.

In Detail

A friend’s feelings are fragile right now, so if they are very
enthusiastic about a new plan that you just don’t understand, try to
give them the encouragement they’re seeking. You shouldn’t be false
about your feelings, but you should be mindful of the fact that one
small, supportive comment from you could mean the world to them. They
might fail at this new endeavor, but at least they felt confident
enough to try — and you helped them feel that confidence.



Cinta Ku…
Tuesday August 28th 2007, 8:31 pm
Filed under: Jurnal
Cinta boleh diucapkan
Cinta juga satu jalinan
Yang paling indah
Di dalamnya tersembunyi
Sejuta maksud
Yang sukar di mengerti
Yang pasti manis
Kau tetap ku rindu
Walau jauh di mata ku
Setiap saat
Langkah ku diiringi restu mu
Kaulah sumber ilhamku
Kaulah pengarang jantung ku
Kaulah sumber senyum dan tawa ku
Kaulah segalanya untuk ku
Kerana kasih mu
Aku terbangun dari mimpi lama
Yang menghanyutkan aku
Yang meresahkan aku
Bersama genapnya
Ulang tahun yg ke-2 ini
Segalanya tak mungkin berubah
Hanya kaulah putera hati nan satu
Yang bertakhta di hati ini
Dari dahulu hingga kini
Dalam mencari bahagia pasti
Moga direstui Ilahi
Salam kasih sayang dari ku untukmu
Insan yang begitu mencintai diri mu..


3 hari 2 nafas
Tuesday August 28th 2007, 7:26 pm
Filed under: Jurnal
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem …apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita … Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang … lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa ..  di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.


Aries 29th August
Tuesday August 28th 2007, 5:50 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

Today you need to ask for what you need. Be the first one to ask a tough question.

In Detail

Today you need to ask for what you need, in any context — romantic, professional or scholastic. Looking around the room and waiting for someone else to ask the question that’s in your head is just not going to cut it anymore. You can’t count on other people to do all the research and inquiry. So raise your hand and be the first one to find out what everyone else wants to know. Your bold actions today will have amazing consequences, so this is no time to be shy



Rindunyer
Monday August 27th 2007, 9:57 pm
Filed under: Jurnal

milia terasa sangat dengan ketiadaan Mak Andeh… a.k.a DENI.. semalam balik keje.. dah tak ada Deni menyambut depan pagar… dah tak dengar bunyi loceng kalung Deni… tak ada muka tomet dia tunggu makan depan bekas dia.. tak ada Deni yang berlari ke pintu bilik bila di ajak masuk tido… terasa sangat2.. mlm td tah brapa kali di sebut2 nama Deni bila bagi makan.. Nak pangey Gina masuk bilik pun di pangey nama Deni skalik… uwaaaaa

Sedey sungguh rasanya… asik dok tingat Deni… Rindu betui nak gomoi dia!!!.. isk.. isk.. Deniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……..



Memahami Sifat Lelaki
Monday August 27th 2007, 9:51 pm
Filed under: Jurnal

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran 

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang…" dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..". 

10. Lelaki dan Ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.


13. Lelaki Suka Menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.



TIPS-TIPS MENGATASI PANAS BARAN
Monday August 27th 2007, 9:47 pm
Filed under: Jurnal
# Cuba pandang ke langit iaitu ingatkan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.
# Lihat diri sendiri (pandang ke bumi) sedarlah yang diri ini berasal dari tanah dan sama taraf dgn org lain.
# Tinggalkan mereka yang panas baran ini dan tempat itu segera.
# Suruh org yang dimarahi itu pergi jauh-jauh.
# Ingat tindakbalas org yang dimarah mungkin membahayakan diri kita.
# Ingat apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan ingat azab yang akan diberikan allah.
# Tahan marah dgn mendiamkan diri dan jgn bersuara. Lebih elok kalau pejakan mata dan tutup telinga serta mengucap.
# Ingat ketika zaman susah dan bersyukur ketika senang.
# Kenang semula tindakan Rasulullah s.a.w yang apabila baginda marah ketika dalam keadaan berdiri terus baginda duduk. Dan kalau marah dalam keadaan duduk baginda terus berbaring maka marah pun hilang - Riwayat Abn Abi Dunia 


Aries 28th August
Monday August 27th 2007, 9:44 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

Be kind to all. Don’t let doubts about karma stop you from being mindful of it.

In Detail

Not everyone buys into the concept of karma, and that might help explain why you encounter so many people who seem to put treating others with kindness so low on their lists. The good news is that you will probably not be the target of any grumpy comments; however, you’ll still be affected by them. Negative people are popping up all over the place — treat them with kindness, and don’t let their skepticism about karma stop you from being mindful of it.



Laki-laki Sejati
Sunday August 26th 2007, 10:54 pm
Filed under: Jurnal

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ? 
Ibuku menjawab, Nak…

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang 
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang 
disekitarnya….

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang 
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran…..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah 
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap 
bersahabatnya pada generasi muda bangsa… 

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia 
dihormati didalam rumah… 

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya 
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu… 

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya 
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap 
wanita yang dicintainya… 

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi 
lika-liku kehidupan… 

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya 
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia 
menjalankan apa yang ia baca…



A Tribute to DENI…
Sunday August 26th 2007, 7:40 pm
Filed under: Jurnal

Deni1 Everybody…. this is Deni… my beloved cat.. Bought her for RM70 from SPCA in Ampang. Deni kucing milia yg paling baik!.. Paling comel.. paling manja.. segala2 yg paling2.. tu dia la… Deni ni malam2 tido dengan milia.. nak bagi makan tak susah.. janji ada biskut untuk dia.. cukup la.. kalu ikan dalam sinki.. atas dapur.. memang dia tak usik..dia tak pandang… sampah?.. lagi la tak amik pot pun…

masa baru amik dia dari SPCA… amik dua ekor.. dgn Dino.. tp dia ni kecik lg.. and kebetulan.. Deni baru putus dgn anak dia.. so dia automatik amik Dino jadik anak dia… dia jaga Dino kuat!!.. pantang dino kuar rumah.. dia heret balik bawak masuk… dia netek kan Deni_tido_lengkar_1 Dino… ingat lagi.. Deni ilang sekejap.. pangey2 tak menjawap.. milia dan Su.. turun naik lima nam kali… cari dia di bawah.. tapi tak jumpa.. rupanya… dia nyorok dlm timbunan kain kat kusi.. sabar jer… yg kami ni dah exercise tgh2 mlm buto!!..

deni ni bela senang.. toilet dia kena ada.. kena bersih… berak kencing dlm toilet.. mkn biskut.. air kena bersih gak…

Deni ni.. kalu milia balik… dia mesti nyambut depan pagar… Deni_bakul1 kadang2 dia naik dlm kete… Milia bawak gak dia round taman rumah dlm kete… dia suka!… pnh sekali milia blk umah dgn kete wira.. and Deni tak kenal kete tu.. dia tka mo sambut.. infact dia lari nyorok kan diri…. tapi bila lama2 dia sll tgk kete tu.. dia dah pandai sambut milia….

Milia akan merindui Deni.. sbb dia kucing kesayangan Milia… buah hati pengarang jantung Milia.. kedudukan Deni dalam carta kucing Milia..sama tinggi dgn Doggert n Dana….

Dan kini… Deni dah pergi… pergi tinggalkan Milia… sekarang ni.. tak der Deni untuk menemankan Milia tido malam2.. tak der Deni yg berlari ke pagar sambut Milia balik dari keje… tak der Deni untuk Milia bawak jalan2 naik kete… tak Deni yg tunggu depan mangkuk biskut dia.. uwaaaaaaa… Milia sedih…. pagi2 lagi Milia kena tanam Deni di belakang rumah.. Deni dah mati!!!.. Deni kena gigit dengan anjing!!!.. Deni dah tak ada!!!…Mana Milia nak cari pengganti Deni… kucing yg baik seperti Deni??…



Aries 27th August
Sunday August 26th 2007, 7:34 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

Be more available to people around you. When you help others, you help yourself.

In Detail

Where has all the time gone? It seems as though the last few weeks have flown by, and today you might find yourself wondering if that time could have been put to better use than it was. Regrets are silly things to have, so just try to focus on making your future better. Start by being more available to the people around you. When you help others, you truly do help yourself. There is no way that coming to someone’s rescue could ever be a waste of time



Personality Test
Friday August 24th 2007, 5:29 pm
Filed under: Jurnal

After taking some personality test…. thsi is my result…

33

Sponge Bob Square Pants

You are the classic person that everyone loves. You are the best friend that anyone could ever have and never want to loose. You never cause harm to anyone and they would never not understand your feelings. Life is a journey it’s funny and calm for the most part. Stay away from traitors and jealous people then you will be stress-free.

I can see some part is true.. especially… staying away from jealous people.. hahah.. I’ll get so stress if someone got so jealous over nothing or over small things.. i dont care if the jealousy shows love.. or care… or wut ever.. but I cant take it..It will just drive me crazy!!!…



Aries 25th August
Friday August 24th 2007, 5:11 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

You will play the role of visionary in a familiar situation today. Share your ideas.

In Detail

You will play the role of visionary in a familiar situation today. At first, things will be going along just as they always do — according to plan. But when you have a lightning bolt of inspiration or an odd urge to try things a different way, go for it! You might find that this new way isn’t much better than the old way, but that’s not what matters. What matters is that you believe in your ideas and are willing to give them a try. If you are willing, everyone else will be willing, too!



Panas Hati
Thursday August 23rd 2007, 7:32 pm
Filed under: Jurnal

Sakit hati.. geram.. marah.. bengang… semua pun ada sekarang Skype_brrr_ ni…. apa tak nya.. bila kita tak buat di suruh buat.. tapi feedback cam $%$&^**^&%^&… kalu tak buat kata kita malas.. kata kita tak sporting la..etc… bila dah buat..camni???.. yg pasti nyer semua tu pun hangat2 taik ayam!!!.. taik ayam pun suam2 kuku jer.. depa ni lagi hangat dari taik ayam.. cakap semua meletup2.. beria2!!.. ckp semua besar2..tak habuk pun tak der… semua cakap ailio jejeh… isk..isk.. hangen…..



Aries 24th August
Thursday August 23rd 2007, 5:49 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

Avoid doing anything that could sully your reputation. It took too long to build.

In Detail

If you are entering a new situation or group today, it might be wise to play it safe. The universe is in a bit of a flux, and pure clarity will be hard to find. It will take you time to get your bearings, so it’s best for you to bite your tongue and avoid any conflict. You should also definitely avoid doing anything that could sully your reputation. Your image has taken a lot of work and time to build, but you can do significant damage with one careless misstep.



Perfect Strangers… tayangan perdana
Wednesday August 22nd 2007, 7:53 pm
Filed under: Jurnal

mmm… selasa lepas ayah angkat milia dapat tiket free utk menyakisikan tayangan perdana PERFECT STRANGERS di KLCC… dpt 8 keping tiket. MIlia Pegi dgn adik2 angkat milia tu… patut nya bertolak dari Bukit Beruntung pukul 7.30.. tapi Milia terbabas tido..sbb milia penat balik keje… kami gerak about 8+ gak la.. apa lagi… bawak fenrarri la instead of bawak kenari.. heheheh.. smp KLCC ngam2 kul 9.. berlari2 kami dari parking ke TGV tingkat 3. eheheh.. nak beli pop corn pun tak sempat.. apa tah lg nak beli air.. haus gilak masa tu…

kami masuk panggung… citer dah mula 10mts.. btw, pelakon dia Halle Berry dan Bruce Willis. cerita dia pasal pembunuhan kawan Halle ( Rowena)… kekononya ada affair dgn harrison Hill ( Bruce willis)… malas la nak cite pjg lebar… korang tgk jer.. citer ni akan berada di pawagan bermula 23 Ogos… eh.. mula ari ni la… hehehe..korang tgk la…

anyway… abis tgk wayang.. kami p NZ pekena roti nan butter dgn tandoori ayam..sedapppppppppppppp… smp umah kul 1!!!.. kabommm.. terus tido!



Aries 23rd August
Wednesday August 22nd 2007, 7:42 pm
Filed under: Jurnal
Aries

The Bottom Line

Are you placing your career above your family? Ask yourself this question today.

In Detail

Putting in the hours at work means that you are taking away hours from your friends and family — that’s a fact you can’t deny. So the question to ask yourself today is this: ‘Am I placing my career above my family?’ And don’t be afraid to face the honest answer. If you find that you are losing out on quality time with loved ones, all you have to do is start dividing your time in a way that is more beneficial for the people you care most about. Start today.



Aku Tak Mahu Sendiri
Wednesday August 22nd 2007, 7:37 pm
Filed under: Jurnal

Sejak Ia pergi dari hidupku
ku merasa sepi
dia tinggalkan ku sendiri
tanpa satu yang pasti

aku tak tau harus bagaimana
aku merasa tiada berkawan
selain dirimu
selain cintamu

Kirim aku malaikatmu
biar jadi kawan hidupku
dan tunjukan jalan yang memang
kau pilihkan untukku

Kirim aku malaikatmu
karena ku sepi berada di sini
dan di dunia ini
aku tak mau sendiri

tanpa terasa aku
teteskan air mata ini
yang tiada berhenti
mengiringi kisah di hati



Bila Terasa Rindu…
Wednesday August 22nd 2007, 7:35 pm
Filed under: Jurnal

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar



Kita bukan merdeka
Tuesday August 21st 2007, 7:35 pm
Filed under: Jurnal


"kita bukan merdeka
bila anak-anak bangsa kita celaru
membutakan mata hati
pada segala alunan rentak hidup kepura-puraan
memperhambakan pada nafsu dunia
terlena dan terus terleka
hilang segalanya

kita bukan merdeka lagi
bila maruah bangsa tergadai
mengejar segala kemewahan atas kepentingan
melupakan asal usul
membutakan harga diri
menari penuh rakus
kucar-kacir melekakan diri atas pentas dunia
penuh kepura-puraan
kita bukan merdeka lagi
apabila bangsa kita hilang kasih sayang
mengejar segala kekayaan penuh nafsu melata
meninggalkan anak-anak bangsa penuh keliru
mudah melata mempermainkan hukum Tuhan
atas nama rakus dan cinta dunia
hilang segalanya
merdeka
semua mahu merdeka
bebas membebaskan diri
mengaut saki baki dunia yang semakin kucar
memperbiadapkan maruah bangsa atas kekuasaan buta
memperlekehkan amanah Tuhan
kemaruk pada kuasa melata
tercalar penuh mengelirukan
hilang maruah dan harga diri diatas tanah warisan
merdekakah kita
apabila diri semakin terlena buta
anak-anak bangsa semakin alpa
hukum Tuhan disisihkan
atas nama cinta dunia
hilang segalanya
bangsaku
bangunlah
jangan sampai kita terlena
jangan sampai kita terlupa
pada satu amanah diatas suatu kebenaran
pada satu keyakinan penuh kekuatan
berdiri penuh semangat membara
atas nama kasih sayang
memerdekan diri dari segala kecelaruan dunia
diatas satu amanah
apabila berhadapan dengan Allah.

Oleh annas