My Day Horoscopes
Wednesday April 30th 2008, 4:25 am
Filed under:
Jurnal
Aries
Your partner could be acting in a rather secretive
manner today. This, however, is not enough reason
to suspect him/her of hiding something from you.
Perhaps he/she just needs some privacy right now.
——-
mmmm…. kalu betui la la kan…
Problems…
Wednesday April 30th 2008, 4:20 am
Filed under:
Jurnal
I suppose.. tak ada orang yg tak akan mempunyai masalah kan… tapi yg sakit nya..bila masalah tu datang satu demi satu tanpa henti… hati akan berdetik kenapa la aku ni byk sgt masalah…. tapi… pada Milia masalah tu tanda kita di duga… tanda kita disayangi… tanda Tuhan nak tengok hati kita… iman kita…
i had few problems this last couples of weeks… one by one… datang tanpa henti… memang lately ni Milia jadi serabut… milia memula hilang punca.. hilang akal jap..( tapi waras).. tapi.. milia take it slow… setel kan satu2 dulu kalu boleh… problems yang lain tu milia tak perlu citer la kan.. PnC!!…tapi ni nak cerita… milia been on MCs for the few days… last thursday… milia terjatuh..terslipped. anyway… blkg/pinggang milia terseliuh.. and ada muscle yg koyak sket.. sakit nya.. tuhan saja yg tahu… anyway, i was brought to DEMC… eh.. Darul Ehsan Medical Centre in Shah Alam. The x-rayed me. Nasib baik tak ada kena apa2 kat tulang Milia.. cuma as i said la.. muscle problem. dpt injek di montot gebu.. and till now… on MYOPLEX (for muscle) and pain killers!. tak boleh duk lama… cepat lenguh pinggang… tak boleh jalan lama.. lenguh gak pinggang… masa sakit ni.. Milia duk Klang.. mak yg jaga Milia…terharu sebenornya… sbb mak pun bukan nyer sihat… at her age, i’m the one suppose to jaga her.. tapi ni terbalik la… skrg ni milia dah blk umah sendiri… kesian kucing tak mkn berapa hari.. anyway.. masa balik tu, as usual, salam tgn abah n mak. Tp masa salam tgn mak tu.. Milia cium pipi mak..and said Thank you!!.. tetiba mak mengalirkan air mata… and automatically… I cried too.Pengorbanan seorang ibu… dalam sakit sendiri tak terjaga… sanggup berjaga dan menjaga anak dia yg sakit ni. I love you mak!..
Sumer orang tau..10th May ni Mother’s Day… tapi kenapa nak tgu 10th May baru nak celebrate… patutnya.. everyday is a Mother’s Day!!!… kenapa nak tunggu masa dia org tak ada baru nak hargai mereka… sekarang ni pun dah boleh hargai dia orang.. do it.. DO IT!!.. jangan menyesal kemudian hari..
Kenapa milia cakap stiap problem ada hikmat dan hikmahnya?.. Sebab macam ni la… kalu tak sebab prob Milia..dah tentu Milia amik lewa dgn kewujudan mak Milia.. bukan Milia tak sayang Mak.. SAYANG!!…cuma maybe Milia tak pandai nak tunjuk kan.. or maybe Milia tak reti nak say it out loud.
From now on… say it..SAY IT..do it..DO IT!!!!
Happy Mother’s Day!!
Ciri Wanita Di minati Lelaki
Sunday April 20th 2008, 7:37 pm
Filed under:
Jurnal
BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai
mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.
Sesanda
perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya.
Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan
perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia
tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa
yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang
memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.
Mana
tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri
sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja
anda suatu hari nanti.
Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul.
Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi
wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting
kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki
cepat muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.
> Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
> Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
> Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
> Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
> Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
>Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
> Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
> Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
> Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
> Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
> Jangan terlalu baik - Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
> Jangan perasan - Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
> Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
> Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
> Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
> Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
> Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
> Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
> Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
> Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.
> Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali
persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari
nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik
perhatiannya.
> Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
> Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
> Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
> Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
> Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Jadilah Suami Terbaik
Sunday April 20th 2008, 7:35 pm
Filed under:
Jurnal
MENJADI suami terbaik adalah impian lelaki sejati. Untuk berjaya,
lelaki mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia di samping isteri
tercinta serta cahaya mata yang comel dan bijak.
Begitu juga
dengan wanita. Mereka mengimpikan lelaki yang mampu menyayanginya,
berkongsi susah senang dan sekali gus membesarkan cahaya mata tanpa
sebarang masalah.
Bagi membentuk rumah tangga bahagia, bukan satu pihak saja yang
harus berkorban. Baik suami mahupun isteri, mereka harus sepakat dalam
mengemudi bahtera menuju destinasi yang diimpikan bersama.
Panduan berikut barangkali boleh membantu pasangan khususnya si suami untuk mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan.
- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang
keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat
isteri supaya dia berasa lebih dihargai.
- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa
hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga
adalah antara punca anak menjadi liar.
- Suami tidak seharusnya
terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses
perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan
kesat atau maki hamun.
- Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa
hormat serta memberi tekanan pada anak dan isteri. Suami yang matang
dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi dihormati.
- Suami yang
tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing
ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Antara punca kegagalan adalah
sikap ragu-ragu.
- Suami tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut
isteri walau untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya
memperlekehkan isteri.
- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah
akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal
mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu
kepulangannya.
- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan
turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri serta anak. Usah
jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.
- Suami yang
mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada isteri dan
anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan. Bijak
memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.
- Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya
ego dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh
membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.
- Usah
mengkritik isteri keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan
atau apa saja kerana ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si
isteri. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangatnya.
- Usah berbohong pada isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan
isteri pada suami apabila ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih
menyerlahkan kejujuran.
- Isteri tidak gembira jika suami
terlalu kedekut atau berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali
hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak
keterlaluan.
- Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh penting
dalam hidup mereka seperti ulang tahun perkahwinan dan kelahiran.
Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian.
- Suami yang
pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi
perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa
terpinggir dan tidak dipedulikan.
- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri atau
keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya.
Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka sedalam-dalamnya.
- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.
- Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional.
Cemburu adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh
merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.
- Suami yang cetek
ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan
cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan
kemungkaran.
- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia
mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan
kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.
- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka.
- Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada
isteri saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu
bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.
- Suami tidak harus
memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia
ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh
memakan diri.
Pupuk Cinta Penuh Ikhlas
Sunday April 20th 2008, 7:33 pm
Filed under:
Jurnal
Panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan mencurah
di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui kasih dan sayang,
membelai serta memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan
yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.
Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?
Ada
bijak pandai mengatakan, perempuan umpama cermin, mesti cermat dan
halus apabila berhadapan dengan mereka. Terutama yang yang bergelar
isteri, sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang
sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika
diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah
memadai.
Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah
menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah
sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.
Bagaimanapun,
hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan
sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun
si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang banyak.
Bagi wanita yang memegang prinsip, ‘ada wang abang sayang, tidak
ada duit abang melayang’, lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu
wang, yang disayang itu kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia
dan aman.
Ada juga yang mengatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang lalu ia berkait antara satu sama lain.
Sebenarnya
wang sekadar dijadikan alat dan bukan matlamat. Wang berperanan
menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah
untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang
bencana, wang dapat merungkai masalah.
Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih
dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sekiranya diutamakan
nilai kasih dan sayang oleh suami atau isteri, tidaklah kita cepat
melatah andai ditimpa musibah atau hidup dalam serba kekurangan.
Wanita kini lebih ramai yang sedar perlunya membelai cinta sampai
ke tua, sedangkan lelaki pula, asal ada yang menguruskan rumah tangga
sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajai
cinta walaupun mereka mampu melakukannya.
Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia
pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.
Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:
- Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
- Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
- Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.
- Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
- Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
- Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.
- Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
- Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.
-
Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian
kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.
- Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
- Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.
- Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
- Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
- Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
- Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
- Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
- Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
- Membanggakan kekasihnya depan orang lain.
-
Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya
dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali
padanya.
- Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
- Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.
Semarakkan Cinta Pudar
Sunday April 20th 2008, 7:32 pm
Filed under:
Jurnal
MEMBINA semula cinta yang sudah pudar tidak sesukar yang dijangka jika tahu mengembalikan rasa cinta dan sifat romantis.
Bagi
pasangan yang sudah berkahwin, suasana romantis juga harus
dipertahankan. Romantis pada saat sudah membina rumah tangga tentu
tidak jauh berbeza daripada saat bertemu janji dengan kekasih dulu
bukan?
Ada pelbagai cara mengungkapkan cinta termasuk menyelitkan sentuhan
istimewa yang lain daripada kebiasaan misalnya menyediakan makan malam
dalam suasana penuh romantik bertemankan kehangatan lilin dihias indah.
Keluar menonton wayang bersama juga dapat mengeratkan kasih sayang.
Jika terasa cinta kian pudar, usah sekali-kali menjauhkan diri.
Tiada siapa yang merasakan getar dan pupus cinta itu kecuali anda dan
pasangan.
Bahkan bijak pandai mengatakan, untuk merosakkan sesuatu hubungan
begitu mudah sedangkan membina dan mempertahankannya semula adalah
detik yang begitu mencabar.
Cinta dan perasaan kasih harus
diperlihatkan manakala ungkapan sayang haruslah tiada hentinya.
Barangkali peluang tidak sering datang bergolek dalam hidup ini.
Usah terlepas peluang untuk merasakan bahawa anda begitu menyayangi
seseorang. Lontarkan kata-kata indah yang akan dikenang sepanjang hayat
oleh si dia. Justeru, bagaimana caranya?
- Berilah pujian-pujian kepada pasangan anda
Pujian haruslah diberikan dengan sejujurnya. Bukan bermakna anda
memerhatikan segala kelebihannya saja malah menyuntik rasa bangga serta
harga dirinya sebagai seorang isteri.
Sedar atau tidak, dengan memberi pujian kepada pasangan, anda juga akan membuatkan hari anda berdua terasa berbeza.
Jika si dia mempunyai kelebihan dari segi fizikal, apa salahnya
memuji. Begitu juga kepandaian si isteri memasak atau kepandaian suami
dalam tugasan sehariannya.
Usah lupa bersikap positif kerana ia akan membuatkan hubungan perkahwinan serta kasih sayang semakin mendalam.
- Memberi bunga
Bukan hanya pada peristiwa tertentu
seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, kiriman bunga buat si
dia mampu memberikan kehangatan cinta yang hampir pudar.
Kirimkan
bunga pada bila-bila masa saja malah anda boleh meletakkannya di atas
tempat tidur. Lebih terasa apabila sesekali ia disertai kad ucapan
berisi ungkapan betapa besar cinta anda dan betapa bererti dirinya.
Jika anda bimbang cara ini membosankan, kiriman bunga itu boleh
diselang-seli dengan hadiah lain terutama apabila hadiah itu sesuatu
yang sangat diimpikan si dia.
- Perlakukan dia seperti seorang puteri
Luangkan waktu supaya anda boleh bermesra dengan isteri atau suami.
Tidak salah mengajak pasangan anda menonton tayangan filem lewat malam
ketika anak-anak sudah terlelap.
Anda juga boleh mengajaknya
makan malam di tempat romantis. Makan malam biasa di rumah pun boleh
diselitkan dengan suasana romantis. Ditemani lilin yang memancarkan
cahaya suram dengan alunan muzik yang lembut pasti menjadikan suasana
agak luar biasa.
Suasana romantis memang sangat diperlukan apabila diri mencintai
seseorang. Dalam perkahwinan misalnya, romantis memang berkait erat
dengan keutuhan sesebuah rumah tangga.
Jika suasana romantis
sering dihidupkan dalam suasana perkahwinan, hubungan suami isteri
pasti semakin hangat. Dari segi seksual juga tidak terkecuali, malah
saat itu anda berasa perkara paling mengghairahkan adalah suami atau
isteri yang paling romantis.
- Buat kejutan
Dalam usaha meraih cinta si dia,
lakukan sesuatu yang mungkin dianggap mengejutkan pasangan anda.
Misalnya, sesekali tunjukkan kepandaian memasak resipi istimewa untuk
si dia.
Biarpun selama ini si isteri yang biasa memasak, katakan pada hari itu bahawa anda ingin mencuba resipi terbaru.
Biarkan si isteri bersantai dengan membaca akhbar atau melakukan
hobi yang digemarinya. Berilah kesempatan padanya untuk bersantai
bersama rakannya seperti membeli-belah dan seumpamanya manakala anda
pula melakukan kerja rumah.
Jika sebelum ini hanya si isteri yang bergelumang di dapur dengan
menyediakan sarapan untuk anda, sesekali anda pula mengambil alih.
Tentunya sesuatu yang tidak pernah dicuba akan membuat si isteri berasa
bahagia.
Jika diaju kata-kata: "Abang dah buang tabiat ke?" atau pelbagai
kata-kata sindiran lain, usah ambil peduli. Apa yang penting, hatinya
bahagia, begitu juga diri anda apabila melihat si dia gembira dan
bahagia.
Bukti Cinta Sejati
Sunday April 20th 2008, 7:31 pm
Filed under:
Jurnal
APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan
mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda.
Jika
isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu
membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam:
Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi
perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan
selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan
mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya
dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan
dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara
bersama.
Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang,
mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I
love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang
atau darling.
Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia
tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak
mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti:
"Kamu tidak pandai mengurus badan" atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus."
Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan
wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami
memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian
pelukan itu disambut baik oleh isteri.
Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.
Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia
tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara.
Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.
Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang
sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya
serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya
kerana harta dan wang.
Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu
sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan
masalah bersama.
Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan
perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya
isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih
akan menimbulkan kemarahan pasangannya.
Usah Lihat Rupa dan Harta
Sunday April 20th 2008, 7:30 pm
Filed under:
Jurnal
MELESTARIKAN cinta antara pasangan memang mudah jika tahu caranya.
Cinta antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang
mengundang banyak masalah dalam perhubungan.
Ukuran cinta
seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata.
Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat
lelaki mampu mencair hati golongan hawa.
Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan
lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika
lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan
psikologi wanita itu sendiri.
Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki
yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang
menghargai kasih sayang yang dicurahkan.
Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda
menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya
disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap
perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada
segalanya.
- Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi
tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam
hatinya.
- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda
menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati
sebelum anda meminta maaf.
- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang
paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila
hubungan itu putus di tengah jalan).
- Sekiranya seorang
wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada
di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!
- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.
-
Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan
lakukan apa saja.
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda
selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda
masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.
- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.
-
Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis
akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik
saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak
sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
-
Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika
pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada
anda, teruskan usaha memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.
- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang
dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian
barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada
di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
- Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
- Senjata wanita adalah air mata!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan.
Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Tanda Kekasih Curang
Thursday April 17th 2008, 7:58 pm
Filed under:
Jurnal
- Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.
Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.
- Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.
Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.
Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.
Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
- Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.
Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
- Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.
Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.
Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.
Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
- Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.
Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.
Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.
- Tidak lagi rajin menelefon anda
Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.
Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.
Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
I’m tired
Wednesday April 16th 2008, 9:30 pm
Filed under:
Jurnal
this last few days has been busy.. and tiring to me.. to my mind.. to my brain.. to my body….
m busy with bowling practices.. as my company is having its annual sports carnival… and yes… this year around… we’ve been sponsored with a bowling ball each… t-shirts.. and track bottom…All I have to do now is to look for a bowling shoe… anyone?.. care to sponsor me?.. miahahhahahaha
m busy with never-ending meetings with the HQ and HRMS users….
m busy with never-ending complaints from my users
m busy with my cats…
m not so busy with him...but my mind is busy with him..
m busy with my own problems in the office…
m so busy that m just couldnt less bother to look after the house… is it messy?.. do i need to sweep the floor?.. wash my cloths?.. fold my cloths?..
been planning to do a lot of things… but just cant keep my mind set to do it.. each time i tried to do it.. something will always come to my mind.. and i end up in bed.. crying to sleep… but no one cares… as i dont care about it any more…
m tried to live my life…life must goes on.. no matter what happen…
to love is a must… to be loved in return is a bonus…
to trust is a must….to be trusted back is a bonus…
to give 100% is a must… to be given back 100%… is a bonus…
and shud i not get all the bonuses…why shud i be in giving in the first place?…
Epilog Kasih
Monday April 14th 2008, 9:32 am
Filed under:
Jurnal
Janganlah kau bertanya
Tentang jarak setia
Rindu ku ini
Buktinya kasih
Bulan retak di air
Kasih retak di jiwa
Gugur kelopak cinta
Bukannya bukti
Cinta ku ini
Menghilang
Masih ada wajahmu
Biar pun kabur di pandangan
Abadi cinta kita
Tetap di ingatanku
Biar hilang di mata
Di hati tetap tak berubah
Seperti janji kita dulu kasih
Dan kenangan denganmu
Masih seperti dulu
Tidak tercela
Perpisahan terjadi
Hanyalah sementara
Di sini aku
Sujud pada-nya
Memohon doa
Hanya untukmu
Two birthdays
Sunday April 13th 2008, 9:17 pm
Filed under:
Jurnal
hhehe…. it was a busy weekend for me…what happened?… well.. namely cook.. eat.. and partying…

on saturday we had a surprise birthday party to celebrate Long’s
40th birthday. we had chinese fried rice, fried chicken, butter prawn, coleslaw, whipped potatoes with gravy, papayas, and grilled fish. The food was marvelous… and plenty of it to go rounds… and FYI… the cupcakes?…home made…

long came to abah’s house around 8pm… we switched off the lights
and all… and when she came in… all of us yell SURPRISE… and I can see on her face that she is surprised of it.. you see.. her birthday is actually next week.. that is on the 20th of April.. but we decided to really surprised her… so.. we gave her the party this week instead..

and on sunday…long called me asked for help… Nabiha is having
her 10th birthday party.. she’s invited all her school friends… plus with cousins… lots of kids to entertain… anyway.. menu?.. we
have roti jala with meat curry, singapore fried bihun, sausage bun, "kuih seri muka", tuna sandwic, nuggets n sausage cocktail. and of Coz… the main dish… chocalate cake…
TRUE MEANING OF MALE STATEMENTS
Sunday April 13th 2008, 8:14 pm
Filed under:
Jurnal
Statement: "I’m a Romantic."
True Meaning: "I’m poor."
Statement: "You’re the only girl
I’ve ever cared about."
True Meaning: "You are the only girl who
hasn’t rejected me."
Statement: "I really want to get
to know you better."
True Meaning: "So I can tell my friends
about it."
Statement: "She’s kinda
cute."
True Meaning: "I wouldn’t kick her out of
bed but a pillow over the head might be necessary."
Statement: "I don’t know if I like
her."
True Meaning: "She won’t sleep with
me."
Statement: "Was it good for
you?"
True Meaning: "I’m insecure about my
manhood."
Statement: "I had a wonderful time
last night."
True Meaning: "Who are you?"
Statement: "Do you love me?"
True Meaning: "I’ve done something stupid
and you might find out."
Statement: "Do you ‘really’ love
me?"
True Meaning: "I’ve done something stupid
and you’re going to find out sooner or later."
Statement: "How much do you love
me?"
True Meaning: "I’ve done something really
stupid and someone’s on their way to tell you by now."
Statement: "I have something to
tell you."
True Meaning: "Get tested."
Statement: "I’ve been thinking a
lot."
True Meaning: "You’re not as attractive
as when I was drunk."
Statement: "I think we should just
be friends."
True Meaning: "You’re ugly."
Statement: "I’ve learned a lot
from you."
True Meaning: "Next!!!!"
Statement: "I’m on a long distance
call, can you call me later?"
True Meaning: "I gotta turn on my
answering machine."
9 Things I Hate About Everyone
Sunday April 13th 2008, 8:09 pm
Filed under:
Jurnal
1. People who point at their
wrist while asking for the time…. I know where my watch is pal, where the
hell is yours? Do I point at my crotch when I ask where the toilet is?
2 People who are willing to
get off their ass to search the entire room for the T.V. Remote because they
refuse to walk to the T.V. And change the channel manually.
3 When people say ‘Oh you
just want to have your cake and eat it too’. Damn right! What good is cake if
you can’t eat it?
4 When people say ‘it’s
always the last place you look’. Of course it is. Why the hell would you keep
looking after you’ve found it? Do people do this? Who and where are they? Gonna
Kick their asses!
5 When people say while watching
a film ‘did you see that?’. No Loser, I paid $12 to come to the cinema and
stare at the damn floor.
6 People who ask ‘Can I ask
you a question?’…. Didn’t really give me a choice there, did ya
sunshine?
7. When something is ‘new and
improved!’ Which is it? If it’s new, then there has never been anything before
it. If it’s an improvement, then there must have been something before it,
couldn’t be new.
8 When people say ‘life is
short’. What the hell?? Life is the longest damn thing anyone ever does!! What
can you do that’s longer?
9 When you are waiting for
the bus and someone asks ‘Has the bus come yet?’. If the bus came would I be
standing here, dumbass?
What’s Marriage 30 Points answer…………….??
Sunday April 13th 2008, 7:54 pm
Filed under:
Jurnal
1. Marriage is not a word. It’s a sentence (a life sentence).
2. Marriage is love. Love is blind. Therefore marriage is an institution
for the blind.
3. Marriage is an institution in which a man loses his Bachelor’s Degree
and the woman gets her masters.
4.
Marriage is a three-ring circus: engagement ring,
wedding ring and suffeRING.
5. Married life is full of excitement and frustration: In the first year of
marriage, the man speaks and the woman listens. In the second year, the woman
speaks and the man listens.In the third year, they both speak and the NEIGHBOUR
listens.
6. Getting married is very much like going to a restaurant with friends.You
order what you want, and when you see what the other person has, you wish you
had ordered that instead.
7. There was this man who muttered a few words in the church and found
himself married. A year later he muttered something in his sleep and found
himself divorced.
8. A happy marriage is a matter of giving and taking; the husband gives and
the wife takes.
9. Son: How much does it cost to get married, Dad? Father: I don’t know son,
I’m still paying for it.
10. Son: Is it true Dad? I heard that in ancient China, a man doesn’t know
his wife until he marries her. Father: That happens everywhere, son,
EVERYWHERE!
11. Love is one long sweet dream, and marriage is the alarm clock.
12. They say that when a man holds a woman’s hand before marriage, it is
love; after marriage it is self-defense.
13. When a newly married man looks happy, we know why. But when a 10-year
married man looks happy, we wonder why.
14.
There was this lover who said that he would go
through hell for her. They got married, and now he is going through HELL.
16. When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him
keep her.
17. Eighty percent of married men cheat in America, the rest cheat in
Europe.
18.
After marriage, husband and wife become two sides of
a coin. They just can’t face each other, but they still stay together.
19. Marriage is man and a woman become one. The trouble starts when they try
to decide which one.
20. Before marriage, a man yearns for the woman he loves. After the marriage
the "Y" becomes silent.
21. I married Miss right; I just didn’t know her first name was Always.
22. It’s not true that married men live longer than single men, it only
seems longer.
23. Losing a wife can be hard. In my case, it was almost impossible.
24. A man was complaining to a friend: I HAD IT ALL-MONEY, A BEAUTIFUL HOUSE,
THE LOVE OF A BEAUTIFUL WOMAN, THEN POW! IT WAS ALL GONE. WHAT HAPPENED, asked
his friend. He says MY WIFE FOUND OUT.
25. WIFE: Let’s go out and have some fun tonight. HUSBAND: OK, but if you
get home before I do, leave the hallway lighs on.
26. At a cocktail party, one woman said to another: AREN’T YOU WEARING YOUR
RING ON THE WRONG FINGER? The other replied, YES, I, AM. I MARRIED THE WRONG
MAN.
27. Man is incomplete until he gets married, then he is finished.
28. It doesn’t matter how often a married man changes his job, he still ends
up with the same boss.
29. A man inserted an ad in the paper - WIFE WANTED. The next day he
received a hundred of letters and they all said the same thing - YOU CAN HAVE
MINE.
30. When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of
one thing - either the car is new or the wife is.
Female Software Programming!
Sunday April 13th 2008, 7:41 pm
Filed under:
Jurnal
Top of Form
Female Software Programming!
Bottom of Form
Struct
female_professionals
{
Double styles;
Short skirts;
Long time_to_understand_problems;
Float
mind;
Void knowledge;
Char non_co-operative;
}
Struct
married_females
{
Double weight;
Short tempered;
Long gossip;
Float hopes;
Void word;
Char unstable;
}
Struct
engaged_females
{
Double time_on_phone;
Short attention_on_work;
Long boast;
Float on_cloud_nine;
Void understanding;
Char edgy;
}
Struct
newly_married_females
{
Double dinner_invitation;
Short time_at_work;
Long lunch_break;
Void bank_balance;
Char hen_pecked;
}
Struct
husband_wife_professionals
{
Double income;
Short tempered;
Long time_no_see_each_other;
Void love_life;
Char money_making;
}
Struct
beautiful_city_girl
{
Double boyfriends;
Short affairs;
Long stories;
Void greymatter;
Char flirt;
}
Struct
old_lady
{
Double chin;
Short memory;
Long sighs ;
Void attention_from_men;
Char chatterbox;
}
Aries 14th April 2008
Sunday April 13th 2008, 7:33 pm
Filed under:
Jurnal
The Bottom Line
Acting impulsively is not only okay today — it is highly encouraged! Take a risk.
In Detail
Acting impulsively is not only okay today — it is highly
encouraged! Caution has its place in your life, but not right now — so
throw it to the wind! You are in a very safe place both emotionally and
professionally, which means you should feel comfortable taking a bit
more risk in your daily life. You still need to wear your seat belt, of
course, but you don’t necessarily have to edit yourself as much when
you’re in the presence of higher ups. Say what you think, and watch
what happens!
Aries 11th April 2008
Thursday April 10th 2008, 5:31 pm
Filed under:
Jurnal
The Bottom Line
Take the advice your family gives. It could be wrong, but you have nothing to lose.
In Detail
Why are you resisting taking the advice that people in your family
have been giving you? Do you think it’s a sign of failure to do
something that they suggest you do? Nonsense! They love you and want
you to be happy — and they think they know how that can happen. Sure,
they might be wrong — but your plans might be wrong, too. And going
along with their plans will help you at least gain a fresh perspective
on the issues you’re struggling with. What have you got to lose?
And my love horoscope says…
ARIES (March 20 - April 19)
Enjoy some free time alone and recover from professional pressure.
Someone who is a great source of love and support has been absent or
preoccupied, but now they are available to listen and advise.
Key word for the week: discovery
Your luckiest aspect this week: career
Who to spend time with:
Libra
Rahsia Memimpin Wanita
Wednesday April 09th 2008, 5:47 pm
Filed under:
Jurnal
Tidak
dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh
perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan
persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu
persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk
menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum
lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.
Jenis-jenis
perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah,
dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini
boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.
Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi
membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam
memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya
fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa
sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.
Sekiranya
lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka,
maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak
(hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu
bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan
kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa
marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.
Dalam
membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk
mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita
yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki
tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa
yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.
Disinilah
antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat
manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak
perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah
swt.
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih
mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di
syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada
wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka
dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh
lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin
mampu hendak meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara
petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian
tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:
JANGAN
CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN
HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH
DENGAN AKHLAK .
Suburkanlah
kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak
jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau
women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan
bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah
kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan,
hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa
diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .
LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH
PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah
akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal
diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak
boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu,
suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita
durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.
Pastikan
sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU
KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya
dibawah pimpinan anda.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI
Aries 4th April 2008
Thursday April 03rd 2008, 9:28 pm
Filed under:
Jurnal
The Bottom Line
What happened to your pioneering spirit? Today, you gotta get it back! Explore.
In Detail
What on earth has happened to your pioneering spirit? Today, you
gotta try to get it back! Not only is it an important part of who you
are, it’s an invaluable way to keep some excitement going in your life.
You don’t have to go off and discover a new continent or anything, but
you do need to follow the loose threads you come across from time to
time. If you encounter a word you don’t know, look it up! If you hear
about a restaurant you’ve never tried before, book a table. Little
explorations matter, too.