Bagaimana Menyayangi Seseorang
Sunday September 28th 2008, 6:56 pm
Filed under: Jurnal

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun



Aries 28th September 2008
Sunday September 28th 2008, 3:18 pm
Filed under: Horoscope

The Bottom Line

Long-term changes don’t happen overnight. So cool your jets and have more patience.

In Detail

Long-term changes don’t happen overnight, especially when they involve another person. So cool your jets! You’ve simply got to learn how to be a little bit more patient with things. Just regard the other person in this situation and everything will be fine. Follow their lead on this thing and do as they do. For once, they might have a better handle on the way things need to go than you do. The power is shifting out of your hands, but you’re due for a bit of a break. Enjoy it.



pics…m n frens..
Sunday September 28th 2008, 2:29 pm
Filed under: Jurnal

semalam kuar berbuka dengan kawan2..acara bermula dgn window sopping.penat sgt!! jln2 tgk barang tapi tak membeli….

yang pic pertama tu… me n haya…

yang pic kedua tu.. me and anna…

yang pic ketiga tu from left.. haya, anna, me and eyza

last pic tu.. me and eyza



MOnyet-monyet
Sunday September 28th 2008, 1:57 pm
Filed under: Jurnal


hahhaha… ni pulak koleksi monyet2 di rumah Milia… hahah…ni  monyet bengong!!. suka kejar Milia… pantang nampak Milia kuar umah … tak kira la apa tujuan pun… segera datang kat Milia!!!. agaknya mintak makan kot… tapi sebab monyet2 ni la. arial kete Milia senget benget…. heheheh.dan juga pusing2 maut kat side mirror kete… isk… ada nak kena lastik ni


monyet2 ni suka bergayut kat tempat sidai baju MIlia..tensen tui… garang tu jgn kata la… selalu tunjuk taring nyer… especially mak monyet tu.. anak monyet tu comel gak.. tapi kalu kita acah anak.. mak pasti datang menyerang..


pernah sekali mak anak monyet2 ni datang menyerang Milia. tanpa pk pjg.. terus duk dlm kete ( kebetulan nak kuar masa tu)… dah la tak bukak gate lagi.. mengong tui… halau mcm mana pun monyet2 ni tak mo lari… bunyi horn kete pun.. buat muka poyo dgn Milia.. siap dok senyum2 kat depan cermin lak monyet ni… isk.. tambah geram… utk menambah kan geram lagi.. MIlia call polis area umah tu… mintak tolong halau kan monyet.. HAMPES!!!!.. mcm2 alasan bagi… apa la. org mintak tolong pun kenot.. camni ke polis mesia?.. isk.. setengah jam jugak MIlia terperangkap dlm kete… last2 Milia campak buah epal keluar… berlari monyet2 tu ke arah epal tu.. cepat2 bukak gate. and kuarkan kete… pergh!!!..kalu tidak.. mo tido je dlm kete tu…..



Cats
Sunday September 28th 2008, 1:50 pm
Filed under: Jurnal

Suka kan tgk kucing tido…..comel sgt….



Selamat Tinggal Ramadhan
Sunday September 28th 2008, 12:45 pm
Filed under: Jurnal

Oh Ramadhan
Ramadhan menjelang
Hampir tenggelam
Di hujung usia
Menggamit pencinta
Gembira mendatang
Bagi yang tiada erti
Sedih mendatang
Bagi yang penuh petunjuk
Ada bernasib malang

Malang tanpa pahala
Malang tanpa perubahan
Malang tanpa kebaikan
Hanya lapar dahaga

Ada yang beruntung
Beruntung diampun
Beruntung dibersihkan
Beruntung dirahmati
Ganjaran tiada ternilai
Nilainya
Hanya laku di sana
Di sini tiada erti
Terlepas kali ini
Belum pasti bertemu lagi
Selamat tinggal Ramadhan



Women’s Hotel
Sunday September 28th 2008, 7:06 am
Filed under: Jurnal



Cermin diri.
Sunday September 28th 2008, 7:03 am
Filed under: Jurnal

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3.. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah
(lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan



Cerita Sedih
Saturday September 27th 2008, 9:57 am
Filed under: Jurnal

tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….
si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.
si A mula bercerita….
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA


SELAMAT HARI RAYA TO ALL…..
Saturday September 27th 2008, 9:44 am
Filed under: Jurnal

……”Dengar beduk berbunyi. Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin. Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut. Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti. Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir. Memuji nama Illahi.

Rasa dalam kalbu. Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya. Hati gembira di Hari Raya. Bertemu sanak dan saudara

Bermaaf-maafan dengan keikhlasan”……….



GIFTS THAT COST NOTHING
Saturday September 27th 2008, 9:41 am
Filed under: Jurnal

1) THE GIFT OF LISTENING…
But you must really listen
No interrupting, no daydreaming,
no planning your response.
Just listening.

2.) THE GIFT OF AFFECTION…
Be generous with appropriate hugs,
Kisses, pats on the back and
hand holds.
Let these small actions demonstrate
the love you have for family
and friends.

3.) THE GIFT OF LAUGHTER…
Clip cartoons.
Share articles and funny stories.
Your gift will say, “I love to laugh
with you”

4.) THE GIFT OF A WRITTEN NOTE…
It can be simple
“Thanks for the help” note or a full
sonnet.
A brief handwritten note may be
remembered for a lifetime.
and may even change a life.

5.) THE GIFT OF A COMPLIMENT.. .
A simple and sincere,
“You look great in red,” “You did a
super job.”
or “That was a wonderful meal”
can make someone’s day.

6.) THE GIFT OF A FAVOR…
Every day, go out of your way
to do something kind.

7.) THE GIFT OF SOLITUDE…
There are times when we want
nothing better than to be left alone.
Be sensitive to those times and give
the gift of solitude to others.

8.) THE GIFT OF A CHEERFUL
DISPOSITION. …

The easiest way to feel good is to
extend a kind word to someone,
really, it’s not that hard to say,
Hello or Thank You.

9.) THE GIFT OF ACCEPTANCE.. .
Everyone does the best they can
with what they have to work with
be it their head or their heart.



That very little is needed to
make a happy life.

The future belongs to those who
believe in the beauty of their dreams.



AM I PRETTY ENUF????
Saturday September 27th 2008, 9:39 am
Filed under: Jurnal

Girl: I really like you. And I… I think I’m falling in love with you.
Boy: Ok…
Girl: What do you mean “ok”?
Boy: I don’t like you like that…
Girl: Why not?
Boy: I can’t tell you… Maybe another time…
From then on, the girl kept asking the boy “Why not?” whenever she
Saw him, and he kept answering the same answer of “I’ll tell you
Later.”
Finally the girl got fed up.
Girl: I’m tired of this! Tell me why you don’t like me!
Boy: Do you really wanna know why?
Girl: Yes!
Boy: It’s because you’re ugly as crap! What’s the point of going
Out with someone when they’re not pretty?!
Girl: But… I…
Boy: Just shut up and leave me alone!
The boy leaves and the girl is sitting there alone, crying her
Heart out. Then her cell phone rings.
Girl: Hello?
Mom: Sweetheart? I want you to go home, ok? I’ll be home from work in a few hours.
Girl: All right Mom.
Mom: I love you.
Girl: I love you too, Mom.
Mom: Bye Bye.
Girl: Bye
The girl heads home and once she got there, she went in the bathroom and looked at herself in the mirror.
Girl: I’m not pretty enough…
She set to work, knowing fully well what she was going to do.
2 hours later, her Mom came home and heard the bath water running.
She went upstairs to find the hallway flooded so she knocked on the door.
Mom: Honey? Are you all right?
She opened the door and was shocked at the site.
The bath was overflowing onto the floor, and the water was tinted red. She walked over to see what was inside and screamed. There, her
Little girl was lying with cuts all over her face and wrists.
Her Mom backed away and was going to run to call the police when something caught her eye.
On the mirror, am I pretty enough now?
No one deserves to be told that by someone they love. If you find it messed up then forward this to everyone you know.
A person’s appearance doesn’t count. What counts is their heart inside of them and their personality. No one wants to be told
They’re not good enough…



Silver Pot TTDI
Saturday September 27th 2008, 9:38 am
Filed under: Jurnal

ok… semalam Milia berbuka di SIlver Pot TTDI. konsep apa restaurant ni?.. bawah ni ada review sket dari utusan online

Silverpot

“Steamboat, antara juadah yang turut menarik perhatian. Menghirup kuah sup atau tomyam dengan bahan direbus ketika berbuka tentunya menjanjikan kelainan. Apatah lagi dengan cuaca yang sering hujan menjelang petang ketika ini, hidangan yang masih panas cukup membuka selera.

Bagi penggemar steamboat di ibu kota, kunjungi Silver Pot Chinese Muslim Steamboat yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur untuk menikmati juadah kegemaran anda.

Lengkap dengan dapur elektrik moden, pengamalan menikmati steamboat di sini cukup menyenangkan, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil.”


Personally, Milia suka the food there. Sedap… and the amount is just nice. tak byk..tak sket… kenyang gak la masa berbuka tu… smp rasa nak buka tali pinggang je. Pendek kata… harga berbaloi dgn the quality of the food… soup tom yam, dia sedap….



susah…
Tuesday September 23rd 2008, 9:51 pm
Filed under: Jurnal

damn la this new fs blog  format… less user friendly sungguh.. mcm lagi payah nak guna jer. nak insert pic pun susah…aiyo!!!. jgn ckp nak format write up pun payah…. apa la… sapa la gatai tukau2 ni…. nak update blog pun jadi tak berminat…. isk….




Love Accounting
Tuesday September 23rd 2008, 9:43 pm
Filed under: Jurnal


.




BALANCE SHEET OF LIFE ………….
Tuesday September 23rd 2008, 9:41 pm
Filed under: Info

Our Birth is our Opening Balance!
Our Death is our Closing Balance!
Our Prejudiced Views are our Liabilities
Our Creative Ideas are our Assets

Heart is our Current Asset
Soul is our Fixed Asset
Brain is our Fixed Deposit
Thinking is our Current Account

Achievements are our Capital
Character & Morals, our Stock-in-Trade
Friends are our General Reserves
Values & Behaviour are our Goodwill
Patience is our Interest Earned
Love is our Dividend />Children are our Bonus Issues
Education is Brands / Patents

Knowledge is our Investment
Experience is our Premium Account
The Aim is to Tally the Balance Sheet Accurately.
The Goal is to get the Best Presented Accounts Award.

Some very Good and Very bad things ….
The most destructive habit……. ……… ……..Worry
The greatest Joy……… ……… ……… …..Giving
The greatest loss…….Loss of self-respect

The most satisfying work……… …….Helping others
The ugliest personality trait……. ……Selfishness
The most endangered species….. ….Dedicated leaders
Our greatest natural resource…. ……… …Our youth

The greatest ’shot in the arm’…….. ..Encouragement
The greatest problem to overcome…. ……… ….Fear
The most effective sleeping pill……. Peace of mind
The most crippling failure disease….. ……..Excuses

The most powerful force in life…….. ………. .Love
The most dangerous act…… ..A gossip
The world’s most incredible computer…. ….The brain
The worst thing to be without….. ………. ….. Hope

The deadliest weapon…… ……… ……..The tongue
The two most power-filled words……. ……… ‘I Can’
The greatest asset……. ………. ……… ……Faith
The most worthless emotion…. ……… ….Self- pity

The most beautiful attire…… ………. ………SMILE!
The most prized possession.. ……… ……Integrity
The most powerful channel of communication. ….Prayer
The most contagious
Spirit…… ……… ……Enthusiasm

Life ends; when you stop Dreaming,
Hope ends; when you stop Believing,
Love ends; when you stop Caring,
And Friendship ends; when you stop Sharing…!!!



B.A.D.
Friday September 19th 2008, 8:28 pm
Filed under: Jurnal
While shopping at a local grocery store, I spotted a man with an acronym on his shirt that had B.A.D. Me, being curious, I stopped the man and asked, “What does B.A.D. stand for?” Trust me; you’ll be amazed at what his response was.
He replied B.A.D. stands for: “Blessed And Delivered.”
That thought stuck with me as I finished doing my shopping that day.
So I came up with a little advice for you today.
* When the enemy tries to attack you, be B.A.D.
* When things don’t seem to be going right on your job, be B.A.D.
* When things are not looking good in your marriage, be B.A.D.
* When folks scandalize your name, just be B.A.D.
Get with somebody you know that you can be B.A.D. with!!!!
Now send this to the people who you know don’t mind being B.A.D.
*******May God Bless You And Have A B.A.D. Day!!!*******




Love Quote
Friday September 19th 2008, 8:16 pm
Filed under: Info

“What’s love without risk and faith? Taking a risk that you might never be mine and having faith that you totally will.”



10 Kebaikan seks yang anda mungkin tidak tahu
Friday September 19th 2008, 8:08 pm
Filed under: Jurnal
  • Ditulis oleh Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:

1. Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ’stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat

kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

2. Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.

3. Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.

4. Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.

5. Seks meninggikan Self-Esteem
Seks  meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita  merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

6. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.

7. Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.

8. Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20′an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.

9. Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.

10. Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.



`Bengkok`nya Perempuan…
Wednesday September 10th 2008, 10:25 pm
Filed under: Jurnal


“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik… hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”


“Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?”

“Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“Alaah… orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”

“Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “disadvantaged” atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”

“Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “golongan yang tak berguna” kepada “sayap kiri” kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”

“Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.”

“Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. “Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!”

“Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“Apa maksud sebenar Hadis tu?”

“Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu “penyempurnaan” . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. ”

“Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat “bengkok” ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.”

“Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“Hmm, betul tu Naim.”

“Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.”

“Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini…